14 Tips Travel Bersama Anak Kecil

Kalau solo traveler, kita dengan diri sendiri je. Kalau bangun lambat pon boleh lari nak kejar flight. Kalau bercuti dengan rakan-rakan bujang paling-paling kita sakit hati sebab kawan kita make up ambil masa berjam-jam. Paling senang tinggalkan jelah travel partner tu. Hahahaha okey kita gurau je.

Travel Bersama Anak Kecil??

Membawa anak bercuti memang memenatkan. Dengan nak melayan kerenah mereka lagi, nak kejar itinerari lagi, tetiba anak nangis lapar nak makan. Hihi. Mira percaya ibu ayah yang bawa anak bercuti nih memang HEBAT! Okey puji diri sendiri. Hohoho!

Anda yang baca nih adalah IBU BAPA HEBAT!! Mesti korang dah rancang nak bawa bersama anak anda bercuti nanti kan??

Ok Mira akan kongsikan serba sikit tips sepanjang kami bawa Ayra & Afya bercuti.

1. Pengurusan Masa

Ok kalau kita dah ada anak kita memang kena ambil masa lebih daripada kita bercuti tanpa anak. Kalau nak ke lapangan terbang, pastikan anda sampai awal. Manalah tahu dalam perjalanan bayi anda tetibe “poo poo” aduh! Pastu dah nak terkeluar plak tu tapi nak kena kejar flight. Mood spoil!

2. Rancang Itinerari Percutian Keluarga Anda

Untuk percutian ala backpack seperti kami memang kena rancang itinerari betul-betul. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Jangan lupa masukkan tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak anda pasti gembira sepanjang percutian itu nanti.

3. Buat Tempahan Awal

Kalau bawa anak bercuti jangan lah mengada-ngada nak main redah je hotel. Pastu hotel tu penuh kena menapak plak ke hotel lain. Hotel tu pon penuh, anak dah melalak nak susu. Pandai la korang anak korang kan? Hehehe. Jangan lupa untuk tempah bassinet jika anak anda memerlukannya.

4. Lakukan Latihan Percutian​

Sebelum percutian sebenar, apakata korang try test stamina korang tu. Bawa anak anda bercuti dekat dahulu untuk uji tingkah laku mereka. Melalui latihan ini anda nampak apa yang perlu & tidak perlu anda bawa & lakukan dalam percutian sebenar.

5. Backpack untuk Hand Luggage​

Dah jadi mak orang nih lupakan la nak angkut bebanyak hand luggage ya. Mana nak tengok beg lagi, dukung anak lagi, tolak stroller lagi. Huhuhu.. Banyaknya barang kena bawa!! Ok apa kata untuk hand luggage korang bawa backpack je. Yang lain masuk kat check in bag yang terus besar. Jangan bawa banyak beg ya. Risau anda terlepas pandang nanti tertinggal satu kerja pulak nanti

6. Buku & Permainan Baru

Sebelum bercuti, Mira suka belikan buku aktiviti baru untuk Ayra. In case Ayra boring dalam flight dia boleh buat latihan dalam buku aktiviti tersebut. Manakala untuk Afya, Mira bawa mainan yang akan menarik perhatian Afya di dalam kapal terbang.

7. “Baby Food”​

Jangan lupa bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak anda. Kita tak tahu bila masa mereka tiba-tiba rasa lapar dan nak makan kan?

8. Stroller atau Baby Carrier​

Yang ni korang kena decide nak bawa stroller atau baby carrier. Anak berapa tahun? Sesuai bawa baby carrier atau stroller? Atau kedua-duanya sekali? Macam kami yang dah ada dua nih, memang kami terpaksa bawa kedua-duanya. Hahaha bertabahlah!

Bawa "baby gear" pilihan anda!

9. “Baby Wipes”​

Just be prepared!! Hehehe macam-macam kegunaan baby wipes ni taw. Even anak dah besar, baby wipes ni boleh digunakan bila tangan anak kotor makan comot, lap meja yang kotor ke, anak tak mandi so boleh lapkan dengan baby wipes. Hehehe bawa jelah. Jangan lupa!

10. Check in online​

Cuba untuk sentiasa check in melalui web atau apps sebelum tarikh sebenar anda berlepas. Ini akan memudahkan urusan di lapangan terbang dan dapat mengurangkan masa menunggu untuk check in dan drop beg. Bila dah check in online, hanya perlu ke kaunter dan drop beg sahaja.

11. Child Meal​

Anda hanya boleh menempah Child Meals di online sahaja. Tempah dalam 2 minggu sebelum percutian anda kerana anda tidak boleh dapatkan Child Meal di dalam kapal terbang!

\

12. “Family Travel Insurance”​

Malang tidak berbau. Lindungi keluarga anda dengan membeli “Travel Insurance”. Pilihan kami adalah AXA Insurance “Smart Traveller VIP”. Anda bagaimana?

13. Bertenang & Positif​

Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa bertenang dalam menangani emosi anak anda. Percaya & positif bahawa percutian bersama anak adalah menyeronokkan!

14. Nikmati Percutian Anda​

Jangan lupa menikmati saat percutian anda bersama keluarga!

Percayalah anak anda sekeluarga akan mendapat pengalaman yang luar biasa melalui percutian ini. 

Anda ada info tambahan? jom kongsikan bersama kami 🙂

Leave a Reply

Close Menu