Tips ke Singapura dengan menaiki keretapi (KTM)

Sebelum backpack ke negara luar, kami suka test stamina kami & anak-anak ke negara jiran iaitu Singapura. Travel ala backpack dengan menggunakan public transport. Baru terasa kepenatan yang sebenar. 20k ++ langkah sehari tu biasa ๐Ÿ˜…

Pengangkutan pilihan kami ke Singapura ialah bas!! Hanya RM1.50 dah boleh sampai Singapore!! Mira pernah kongsikan Tips ke Singapura dengan menaiki bas di link di bawah ini.

Tahukah anda selain bas anda juga boleh ke Singapura dengan menaiki keretapi KTM.ย Kadang-kadang kiteorang tukar angin naik keretapi pula. Tiket KTM JB ke Singapura RM5 sahaja dan mengambil masa 5 minit untuk sampai ke Woodlands CIQ. Mira rasa lagi cepat naik KTM berbanding naik bas walaupun tiket agak mahal.

Tips ke Singapura dengan menaiki keretapi (KTM)

  1. Korang beli tiket keretapi di kaunter KTM di JB Sentral. Kalau boleh kena beli awal pagi atau beli sehari awal. Biasanya untuk hari cuti tiket selalu SOLD OUT. Jadi plan betul-betul nak beli tiket bila.

2. Boleh juga nak beli online tapi ketika Mira menulis blog ni laman web KTM tak aktif dan tak boleh beli dari laman web tersebut. Semoga unit teknikal laman web KTM tu cepat-cepat pulih so senangkan kita beli tru online sahaja.

3. Jangan lupa bawak passport sebab nak keluar negara kan. Hihihi

4. Dah beli tiket kalau boleh paling lambat korang masuk 30 minit awal ya. Jangan ngada-ngada pulak lambat-lambat. Tertinggal train plak nanti hehe.

5. Perasaan dia macam korang naik kapal terbang la. Nanti bila dah masuk balai pelepasan korang akan jumpa dengan pegawai imigresen. Kat sini memang tak boleh ambil gambar ya. Memang TIDAK DIBENARKAN.

6. Lepas dah lepas dengan pegawai imigresen panjatkan doa alhamdulillah maknanya nama korang tak disenaraikan hitam ke luar negara hehee. Teruskan berjalan ke keretapi dan pilih tempat duduk anda.

7. Kalau ramai orang pasarah la korang berdiri ya. Kalau bernasib baik duduk la dengan selesa. Berdiri pon tak lama 5 minit jerrr hihi

8. Nikmatilah moment-moment anda di dalam keretapi. Boleh ambil gambar #ootd ketika ini. Hehehe

9. Zassss dalam masa 5 minit selamat lah tiba di Woodlands Train Checkpoint. Cepat bukan?

10. Keluar dari keretapi dan bawa semua barang anda. Jangan tinggalkan barang dalam keretapi ya sebab memang tak masuk dah dalam keretapi tu.

11. Beratur untuk cop passport dengan imigresen Singapura pula. Ouh kad putih jangan lupa isi. Hihihi

12. Alhamdulillah lepas selesai cop passport terus ke sekuriti checkpoint. Letakkan beg atau barang korang kat mesin pengimbas untuk diperiksa.

13. Kalau pakai baby carrier macam Mira tak perlu buka ya baby carrier tu. Boleh terus je lalu. Mudah kan?

14. Alhamdulillah SELAMAT DATANG KE SINGAPURA!

Hehe senang je kan naik keretapi ni? Cuma nak beli tiket tu lah kadang nasib memang cepat je abis. So lepas ni boleh lah cuti-cuti di Singapura hehehe tapi nak jimat balik naik bas ya sebab dari sana naik keretapi $5 ~ RM15 huhuhu

Ok jom test stamina untuk next trip nanti ๐Ÿ˜…ย 

Happy Travel

>

Leave a Reply

Close Menu