Tips Jimat Travel: DIY Wrap Luggage

Ok ni kami nak share salah satu tips jimat masa travel. HIhihi maybe ramai dah buat tapi kita kongsikan buat traveller bajet macam kami. Hohoho.. Kalau korang nak wrap luggage tapi tak nak keluar duit banyak. Beli je CLING WRAP kat supermarket!! Kat Malaysia harga cling wrap ni dalam RM5 je! Boleh wrap 2 luggage yg besar!! Pastu lebih tu simpan dalam luggage nanti nak balik pakai cling wrap yg korang dah bekal tu.. So jimat!! Tak perlu bayar mahal-mahal for luggage wrapping!!

Gambar Ehsan: Google

Cling Wrap ni ada jual kat supermarket kat Malaysia ni. Ikut korang la nak beli 30m atau 60m. Lingkungan harga bawah RM10. Lagi panjang biasa lebih jimat & murah. Yang baki tu letak dalam backpack korang. Nanti nak balik boleh pakai baki cling wrap yang tinggal. Jadi tak perlu wrap di airport yang berbayar. Biasanya harga service wrap di airport sekitar RM10 satu bag atau di luar negara $10~$12 per bag. Huhuhu tu baru SATU bag! Kalau ada banyak bag?? Huaaaaa

DIY Wrap Luggage

Ni lagi murah!! 300 meter = 6AUD ~ RM18

Kami pernah beli CLING WRAP di Australia lebih tebal dan berkualiti. Panjang dalam 300 meter dan hanya RM18 sahaja. Murah kan?? Tak abis-abis lagi pakai. Memang berkualiti dan puas hati hihi… Tarik biar ketat setiap kali nak balut bagasi anda tu. Kalau wrap di Australia satu bag jatuh dalam $12 ~ RM36. Kalau 2 bag dah RM72. Terpulang wrap DIY atau berbayar di airport pon boleh. Tepuk dada tanya dompet hihi

Kami beli cling wrap di Coles, Gold Coast Australia

Nanti Custom/Imigresen buka luggage?

Don’t worry memang boleh pon wrap sendiri. Kalau custom/imi nak bukak memang tak boleh nak buat apa. Wrap berbayar kat airport mana pon kalau dah custom/imi nak bukak pon kita tak leh nak buat apa. Tapi sepanjang kami travel custom/imi nak bukak masa kita dah sampai satu destinasi tu. Jadi tak de masalah nak bukak sebab dah sampai destinasi. Kita nak wrap untuk safety sepanjang bag tu dari check in sampai ke destinasi kita.

Tarik ketat-ketat masa nak wrap tu

Perlu ke Wrap Luggage kita?

Terpulang..

Tapi dengan Wrap Luggage
1. Kita boleh agak kalau ada percubaan bukak luggage kita
2. Orang jahat tak boleh bukak bag kita dengan senang
3. Luggage tak kotor
4. Bag korang yang mahal tu tak calar
5. Kalau ada sarung bag tak hilang (haha pernah hilang )

Afya pegang cling wrap yang berbaki lagi tu

Memang lepas sarung bag Mira hilang hahaha kami tak pernah miss wrap luggage nih.. Huhuhu dah la baru je beli okey!!!

Tapi sebenarnya yang paling penting sekali kenapa kena wrap lugage adalah untuk SAFETY!!

Happy Travel

>

Leave a Reply

Close Menu