Tips Aktifkan Kad ATM untuk Pengeluaran Antarabangsa

Dah best-best melancong ke luar negara tetibe duit tak cukup pulak. Ingatkan tukar duit haritu cukup huhuhu rupa-rupanya nafsu shopping membuak-buak pula di sana. hahaha

Kad kredit pulak takde huaaa acane nih ada lagi beberapa hari nak survive di negara orang. Duit kat tangan tak cukup seyh. Nak keluarkan duit kat mesin ATM rupanya lupa nak aktifkan kad ATM untuk pengeluaran antarabangsa. Sadis kan?

Jangan lupa aktifkan kad ATM/Debit anda untuk pengeluaran antarabangsa sebelum bercuti ke luar negara!

Bagaimana cara nak aktifkan kad ATM supaya boleh digunakan di luar negara?

Ok ada pelbagai cara nak aktifkan kad ATM iaitu antaranya ke mesin ATM, call bank & paling mudah melalui online.

Di bawah ni Mira kongsikan langkah-langkah untuk anda aktifkan kad CIMB ATM/Debit untuk pengeluaran antarabangsa di CIMB Clicks.

Ok mulanya mestilah kena login dulu kan akaun anda di laman web CIMB Clicks. Boleh terus ke laman web CIMB Clicks di sini > https://cimbclicks.com.my

Wah laman web CIMB Clicks dah berwajah baru!

Masukkan user ID dan tekan Login. Kemudian anda akan di minta untuk masukkan password anda! Ok dah masuk akan nampak baki duit anda bukan?

Kat belah kiri tu ada MENU dan pilih Services. Nanti akan keluar seperti dalam gambar di atas. Tekan Overseas Spends & Withdrawal.

Klik di Card No anda dan akan keluar seperti gambar di atas. Pilih untuk Change Status to dan ada 3 pilihan iaitu Permanent, Temporary atau Deactivated.

Anda akan di minta untuk Request TAC. No TAC akan di hantar ke no telefon  yang anda dah register di CIMB Clicks

Masukkan 6 nombor TAC di ruangkan di atas.

Ok dah selesai. So boleh pergi bercuti dengan “peace of mind“. In case tak cukup duit, kad ATM kan ada? Hehehe

Mudah sahaja bukan? Ambil langkah berjaga kita tak tahu bagaimana nanti di sana!

Happy Family Travel!

Leave a Reply

Close Menu