The Skytree North Tokyo, Japan

Ramai yang bertanyakan kami penginapan kami sewaktu bercuti di Tokyo, Jepun. Ramai yang cakap cantik, murah & nampak selesa. Memang cantik pon!! Harganya juga agak murah untuk penginapan yang terletak di tengah bandar Tokyo. Mira ada kongsikan Tips Percutian ke Tokyo sebelum ini.

Klik sini!

The Skytree North, Tokyo Japan

Sewaktu kami menempah The Skytree North di Tokyo Jepun ini (kini dikenali sebagai The Sorapia Tokyo) dari laman booking.com, kami sangat teruja melihat gambar-gambar yang tertera dalam laman tempahan penginapan tersebut. Seakan tak sabar nak menjejaki ke Tokyo ketika itu. Hehehe.. Boleh semak hotel ini di search box di bawah:

Booking.com

Penginapan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antaranya adalah :

Dapur ini dilengkapi dengan dapur masak, microwave & peti sejuk. Alatan memasak kami bawa sendiri seperti cooking set. Kami berkesempatan memasak   sewaktu menginap di situ.

Microwave juga disediakan untuk memanaskan makanan. Peti sejuk juga ada. Cukup lengkap.

Apartment ini juga dilengkapi dengan alat mesin basuh. Reka bentuk dalaman apartment ini sangat kemas sehingga tidak sedar terdapat mesin basuh di ruangan kecil bilik ini

Tab mandi juga disediakan. Setelah kepenatan sepanjang hari, kami akan berendam air panas di dalam tab mandi ini. Ayra & Afya sangat teruja ketika mandi di tab mandi.

Sewaktu menempah bilik anda boleh pilih untuk japanese futon atau katil biasa. Memandang kami mempunyai anak kecil, adalah lebih selesa & selamat untuk kami memilih japanese futon. Kami juga inginkan suasana & kelainan sewaktu bercuti ke Japan.

Wi-Fi juga disediakan secara percuma buat pengunjung yang menginap di sini. 

Penginapan ini terletak berdekatan Tokyo Skytree. Manakala stesen terdekat dengan penginapan ini adalah Stesen Hikifune. Anda perlu berjalan dalam 10 minit dari stesen ini ke The Skytree North. Terdapat pasaraya AEON berdekatan stesen HIkifune dan menjadi tempat pensinggahan kami untuk membeli barangan dapur sebelum balik ke bilik untuk tidur. Hehehe

Comel je kan AEON ini

Terdapat deretan kedai sepanjang jalan ini. 7-Elevan juga ada bersebelahan AEON supermarket ini. Kami akan singgah setiap kali melalui jalan ini.

Lorong-lorong kecil di sepanjang jalan ke The Skytree North

Kami perlu menyusuri rumah-rumah di sini untuk ke The Skytree North. Pengalaman yang menarik untuk dirasai dan dihayati sewaktu di Jepun. Kami dapat melihat rumah yang sangat tersusun & bermain taman permainan yang terdapat di situ.

Selfie kat lorong-lorong ini

The Skytree North terletak di antara rumah-rumah penduduk Tokyo. Kami menyusuri lorong-lorong rumah hingga sampai ke tempat penginapan kami.

Bergambar di depan bangunan The Skytree North

Dari tempat tinggal kami ni boleh nampak Tokyo Skytree. Dekat je kan? Sebab tu agaknya dinamakan penginapan ini The Skytree North. Namun begitu Mira ada cari info mengenai penginapan ini dan rasanya mereka dah tukar nama ke The Sorapia Tokyo.

Nampak view Tokyo Skytree kan?

Jalan raya yang sangat bersih & kemas. Kami bergambar di hadapan The Skytree North dengan permandangan Tokyo Skytree

Tukang masak kita hari ini hehe

Kami berkesempatan memasak ketika menginap di sini. Minyak masak kami beli di AEON supermarket tadi. Manakala beras kami bawa siap-siap dari Malaysia. Sambal tumis tu pon Mira masak dari Malaysia dan hanya hangatkan setiap kali nak makan di sana. Kami juga ada membeli telur untuk masak telur goreng & telur cincang. Haha

Yeah, jimat duit makan kami hari ini. Hehe

Penginapan ini sangat selesa dan seakan rasa di rumah sendiri. Hehe. Sebelum balik kami sempat mengambil gambar kenangan bersama “host” The Skytree North.

Bersama host penginapan The Skytree North

Inshaa Allah jika berkesempatan ke Tokyo lagi kami pasti memilih penginapan ini kerana harga yang murah, sangat selesa dan sesuai untuk anak kecil.

Bagaimana pula dengan anda?

Jom kongsikan penginapan anda ketika bercuti ke Tokyo bersama kami ya!

Leave a Reply

Close Menu