EZ-link VS Singapore Tourist Pass

Kami sekeluarga akan ke Singapore sebagai latihan stamina kami sebelum percutian kami ke luar negara.

Di samping itu kami nak biasakan anak-anak kami dengan percutian acah-acah backpack. Hihi

Amat mudah jika kami menggunakan kad Ez-Link ketika menaiki pengangkutan awam di sana.

Tahukah anda kad EZ-Link dan Singapore Tourist Pass boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam seperti bas, MRT & LRT di Singapura?

Namun begitu terdapat perbezaan antara dua kad ini.

PERBEZAAN EZ-LINK DAN SINGAPORE TOURIST PASS

EZ-LINK

  1. Boleh digunakan untuk mambayar tambang pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan bas. Malah ia juga boleh digunakan ketika menaiki TEKSI di sana.
  2. Boleh digunakan untuk membayar minuman dan makanan di mesin layan diri atau pasar raya seperti Cold Storage & Giant
  3. Berharga $12 iaitu $5 untuk harga kad manakala $7 untuk nilai perjalanan.
Sumber : http://thesingaporetouristpass.com.sg

Singapore Tourist Pass

  1. Boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam tanpa had mengikut hari pas tiket yang anda beli.
  2. Terdapat 3 pilihan pas yang dijual iaitu:
    • 1 day pass $10
    • 2 day pass $16
    • 3 day pass $20
  3. Deposit sebanyak $10 untuk setiap kad yang dibeli. Wang deposit anda akan dikembalikan sepenuhnya jika anda memulangkan kad dalam masa 5 hari dari tarikh pembelian.

Berapakah nilai yang anda bayar jika anda manaiki pengangkutan awam menggunakan kad EZ-LINK dan Singapore Tourist Pass?

EZ-LINK: Harga tiket bagi MRT & Bas adalah lingkungan $0.80 hingga $2 bergantung jarak perjalanan anda. Jika anda menaiki pengangkutan awam sekurang-kurangnya 2 kali, maksimum tambang yang harus anda bayar adalah $4. Manakala jika anda menaiki pengangkutan awam sebanyak 4 kali dalam sehari adalah lingkungan $8.

Singapore Tourist Pass: Manakala bagi pass ini terdapat 3 pilihan iaitu pas 1 hari, 2 hari & 3 hari. Jika anda membeli pas sehari, kos pengangkutan anda adalah $10 sehari. Namun ia amat berbaloi jika anda beli pas untuk 3 hari iaitu $20. Hanya $6.70 untuk sehari dan anda boleh menaiki pengangkutan awam tanpa had! Untuk info lebih lanjut boleh baca di sini!

Kesimpulan

Jika anda akan menaiki pengangkutan awan melebihi $10 sehari untuk 3 hari adalah amat berbaloi untuk membeli Singapore Tourist Pass. Rancang perbelanjaan perjalanan MRT anda di sini!

Namun begitu jika anda hanya menggunakan pengangkutan awam untuk sekitar tempat tumpuan cukup hanya dengan membeli EZ-LINK. Malah menggunkan EZ-LINK adalah lebih murah berbanding membeli tiket biasa. Anda dapat menjimatkan wang anda sebanyak 20% dari harga biasa.

Memandangkan kami tinggal di Johor Bahru dan hanya balik hari ke sana, (paling lama pon 2 malam) jadi bagi kami amat berbaloi untuk kami beli EZ-LINK. Untuk perjalanan di kawasan tumpuan adalah lingkungan $0.80 sahaja sekali perjalanan. Kad EZ-LINK ini juga boleh bertahan selama 5 tahun! 

EZ-LINK VS SINGAPORE TOURIST PASS? Apa pilihan anda?

Jom share pengalaman anda di sini!!

Leave a Reply

Close Menu