Review: Skoot Ride On Suitcase

Ramai yang tanya pasal bag Skoot Ride On Ayra warna pink ni. Sebenarnya dah beli lama dah masa Ayra 2 tahun nak gi Bandung time tu. Tapi masa tu takla selalu pakai sebab Ayra masih nak berdukung. Jadi kalau bawak masa travel macam bawak “biawak” lak rasa. Hahaha.. Ini lah bag travel Ayra Skoot Ride On Suitcase

Bila Ayra dah besar ni memang dia nak bawak Skoot Ride On sewaktu bercuti. Kadang Mira rasa ala leceh la plak kan bawak skuter bag nih hahaha tapi dah banyak kali bawak sebenarnya bagus jugak!! Takdelah Ayra & Afya bosan ketika menunggu di Airport hahaha

Apa benda Skoot Ride On ni?

Skoot Ride On ni sebenarnya bag berbentuk skuter yang mana kanak-kanak boleh duduk atas tu. Boleh la feeling-feeling naik skuter dalam airport tu haaa. Haaa lagipon Ayra kan dah berbayar tiket flight so dia pon ada 7 kg bag carry on.. Mira letakkan semua barang Ayra dalam ni. Buku colours, baju sejuk & baju spare Ayra & Afya.

Sesuai guna Skoot Ride On ni waktu bila?

Sesuai bila korang travel dengan kapal terbang. Skoot Ride-On ni boleh dijadikan permainan buat kanak-kanak sementara tunggu masuk boarding. Ada tayar & parents boleh tarik skuter tu. Skuter tu boleh di buka dan letakkan barang-barang anak dalam tu.

Ayra & Skoot Ride On Hot Pink

Ada macam-macam colour tapi Ayra suka warna pink ni. Hihihi sekarang memang kami akan bawa sewaktu bercuti. Afya pon tumpang sekali naik Skoot Ride On ni hehe masa nak naik kapal terbang tu Skoot Ride On ni kita boleh bawak macam bag sandang. Sebab ada tali yang disediakan. Actually tak “biawak” pon!! haha janji anak-anak bahagia & happy!! Ummi & Ayah pon senang hati!! Hahaha

Ada juga pilihan bag kanak-kanak macam Skoot Ride On ni iaitu Trunki tapi Mira belum pernah try lagi. Kalau ada rezeki pakai Trunki pula nanti Mira kongsikan dengan korang okey?

Happy MY Family Travel ✈️

Leave a Reply

Close Menu