Pengembaraan Backpack bersama Anak Kecil menggunakan pengangkutan Awam Darat ke Bangkok, Thailand

Alhamdulillah tak sangka dapat mengembara secara backpack 10 hari full circle menaiki pengangkutan darat awam terutamanya keretapi bersama anak kecil dari Selatan ke Utara terus menuju ke Bangkok, Thailand seterusnya kembali ke Utara & akhirnya selamat tiba kembali ke Selatan Malaysia.

Ok ni senarai anggaran BUDGET kami seorang (PER PERSON)

Return tiket Tren Padang Besar ke Bangkok = RM280 (Katil Bawah) RM260 (Katil Atas)
Return tiket Tren KTM Kulai ke Gemas = RM28
*ETS Gemas ke KL Sentral = RM31
*ETS KL Sentral ke Tanjung Malim = RM20
*ETS Taiping ke Padang Besar = RM50
ETS Gold Padang Besar ke Gemas = RM99
Simkad = 200 Baht ~ RM25
Rabbit Card (aka Touch & Go) = 200 Baht ~ RM25
Dream World Thailand = RM90
The Marvel Experience = RM120
Maeklong Railway Market & Damnoen Saduak Floating Market = RM100
Penginapan = RM330
Makanan = RM100

TOTAL RM1308 seorang untuk 11 hari 10 malam tak termasuk souvenirs, nafsu makan & nafsu shopping la ye hehe*Korang boleh skip yang * kat atas tu sebab ada je direct ETS dari Gemas ke Padang Besar. Kami sengaja singgah sebentar di Taiping sebab nak bagi badan selesa travel secara backpack. Semua tiket keretapi kami dah beli awal secara online kecuali tiket dari Gemas ke Taiping. Memang redah abis asalkan sampai ke Taiping hehehe…
Bermulanya di Stesen KTM Kulai

Route Pengembaraan Backpack kami adalah seperti berikut:

KULAI – GEMAS – TAIPING – PADANG BESAR – BANGKOK – LOP BURI – BANGKOK – PADANG BESAR – GEMAS – KULAI

DAY 1 : Menuju ke Taiping Perak!

Bermula di Stesen Kulai kami menaiki KTM Intercity ke Stesen Gemas. Sampai di Gemas  dalam jam 3:10 pagi jadi tunggu kaunter buka jam 5:30 pagi terus cari tiket direct dari Gemas ke Taiping tapi malangnya dah habis!! Huaaa jadi kami ke KL Sentral dahulu.

Tiba di KL Sentral tiket semua habis ke Taiping wakakaka kata backpackers kan? Kita wat lek wat cool jek maka kami beli tiket ETS ke Tanjung Malim nanti kita pikir kemudian.

 

Tiba di Tanjung Malim semua tiket bas ke Taiping SOLD OUT! Hahaha tu lah jadinya bas lompat!! Thank you semua pemandu bas yang membantu!! Pemandu bas siap telefonkan bas seterusnya hanya untuk tunggu bas yang kami naik sampai dan sambung untuk ke destinasi seterusnya iaitu Bas dari Sungkai ke Tapah. Semua pemandu bas memang sporting abis tak kira bangsa! Bawa secepat mungkin untuk kami kejar bas ke destinasi seterusnya.

Alhamdulillah tiba kat Taiping jam 11:30 malam check-in, bersihkan diri, solat dan terus tidur berehat untuk meneruskan pengembaraan esok hari.

DAY 2 : Seharian di Taiping

Lepas dah recharge balik energy ekeke kami pon check-out dari penginapan kami untuk meneruskan pengembaraan kami berjalan sekitar Taiping dengan lightweight backpack. Bag gabak kami tinggalkan sebentar di lobi hotel kami menginap.

Terima kasih rakan-rakan yang berkongsi tempat & makanan yang menarik untuk di cuba di Taiping. Seronok kami jalan-jalan cuci mata & cari makan di Taiping. Yong Tau Fu Bomba serius sedap! Terima kasih Taiping!! Worth to stop by!

Seterusnya kami meneruskan pengembaraan backpack kami dengan menaiki ETS Platinum Taiping ke Padang Besar jam 9:25 malam. Tiba di Padang Besar jam 11:30 malam memang dah gelap gelita. Nasib dah arrange pengangkutan dengan Guest House kami malam tu. Jadi taklah susah-susah nak keluar cari pengangkutan lain. Hihii. Ok ayuh tidur esok nak jalan cuci mata tengok ada apa kat Padang Besar nih. Hihi

DAY 3 : Cuci mata di Padang Besar

Pagi tu selepas je check-out kami terus berjalan sekitar bazar Padang Besar nak tengok la ada pape ole-ole tak nanti balik boleh beli hihihi. Gagah jugaklah bawak bag gabak ke hulur ke hilir hahaha takpe di samping acah-acah backpack boleh juga firmkan lemak-lemak kat pinggang ni kan? Hahaha alasan!! Padahal penat gillsss weh

Singgah makan tengahari di Kedai Mak Yah Pulut Ayam! Sedap yak mat!! Hehe jam 3 petang kitaorang terus ke Stesen Padang Besar untuk ke Bangkok!! Yahooooo!!! Simkad Thailand Zyzool dah beli siap-siap di Stesen Padang Besar. Taklah boring isteri dia nanti 18 jam dalam ketapi kan hahaha!!
Powered by 12Go Asia system

Makanan kami dah siap bungkus dari Naseer Kafeteria di Stesen Padang Besar. Nak makan dalam tren nanti. Risau kelaparan memalam nanti kan. Hihihi lepas tu kami terus berjalan menuju Imigresen Malaysia. Kat sini seorang makcik ini beri kad putih untuk masuk Thailand. Korang kena isi selengkapnya tau borang ni.

Nota : Jangan hilangkan kad putih ini! Make sure stapler kalau risau kad putih ni hilang!!

Kalau korang belum tukar duit Thailand korang boleh tukar duit dengan makcik yang bagi kad putih tadi hehehe. Hebat betul makcik ni kan? hehe

Selesai dah isi lengkap borang putih kami terus Imigresen Malaysia untuk cop passport kemudian seterusnya ke Imigresen Thailand. Korang relax je tau walaupon pegawai dia buat muka garang. Hihihi wat lek wat cool jek! Kemudian terus tunggu tren yang akan tiba jam 6 petang. Tiket tren jam 5 petang waktu Thailand. Waktu Thailand lambat 1 jam dari kita. Korang jangan salah pulak taw!!

Satu seat panjang ni duduk sorang je. Kalau nak makan boleh ambil meja bawah kerusi. Pasang sendiri ye. Self service!! hehe.. Kalau lapar boleh beli makanan dalam tren sewaktu berhenti di Hatyai. Nanti akan ada gadis-gadis yang lalu lalang dalam tren jual makanan. Selepas Hatyai jangan beli makanan yang lalu lalang tu sebab dikhuatiri tidak halal. Jam 8 malam seat bertukar manjadi katil. Yeah boleh landing luruskan urat-urat badan. Kami solat jamak atas katil. 18 jam terasa sekejap je sebab lama tu waktu malam kan so tido je la sambil-sambil layan gosip kat facebook ekekeke kan dah beli simkad jadi taklah boring.

DAY 4 : Tiba di Bangkok, Thailand

Alhamdulillah jam 10:30 pagi kami tiba di Stesen Hua Lamphong di Bangkok Thailand. Hehe haruslah bergambar dulu kan hahaa pastu kami terus berjalan kaki ke penginapan kami Tiny Taladnoi Hostel.
 

Kenapa  Mira pilih Hotel ni?? Sebab dia dapat rate 9.5/10 just wow kan?? Jadi jom kita ushaa apa yang best sangat tu!! Dah la harga murah RM70 je satu malam! Kalau solo traveller lagi murah RM30 je satu malam!! Rupanya hostel ini selesa & owner hostel tu baik sangat!! Rasa welcome je!! Tak macam duk hostel. Pape dia akan tanya ok tak? Pagi dapat breakfast lagi. Kami makan buah-buahan & roti yang mereka sediakan ada logo halal uolssss. Best-best!!

Tak nak buang masa dan hari berlalu begitu sahaja cheewah kami keluar berjalan sekitar bandar Bangkok! Dari MRT kami hanya beli token saja sebab kalau guna kad tren mereka sama je harga dengan beli token hihi. Lepas tu kami menaiki subway yang dikenali sebagai BTS kat sini. Kat sini kami beli Rabbit Card (macam kad Touch & Go) untuk menaiki BTS. MRT Tren tak boleh guna Rabbit Card ya. lain-lain company kot! Hahaha..
Klook.com

Sempat la cuci mata & jalan-jalan cari makan di area Siam iaitu Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Square One & MBK Mall. Surau ada disediakan di MBK Mall di tingkat 5 (wanita) & tingkat 6 (lelaki). Zyzool belanja jersey Buriram United untuk Mira! Hehehe thank you sayang!! Kedai Buriram United ini ada kat area Siam. Kemudian kami sempat beli Fridge Magnet Hard Rock Cafe koleksi yang kami kumpuln di sini. Hehe sebelum balik kami bungkus kebab di MBK Mall.

DAY 5 : Dream World + Snow Town

Pagi ini kami layan Ayra & Afya ke Dream World Thailand. Seronok sangat la anak-anak kami. Memang setiap kali pengembaraan, taman tema mesti dalam checklist wajib pergi! Hehe. Dream World Thailand ini agak jauh sebenarnya dari bandar Bangkok jadi kami tempah Grab ke sana.
Klook.com
Puas Ayra & Afya main rides yang ada kat Dream World ni. Kemudian kami ke Snow Town. Snow Town ni pon dalam Dream World ni juga cuma boleh masuk sekali je! Lepas dah sejuk-sejuk dalam Snow Town ni confirm la lapar kan. Kiteorang terus ke KFC salah satu makanan halal yang terdapat di sini. Zyzool selamba je tanya halal tak? Terus staff kat cashier dia tunjuk sijil HALAL. Alhamdulillah kami makan tanpa was-was. Hehe. Puas la Ayra main semua rides yang dia boleh naik & bergambar di sekitar Dream World. Kami menggunakan sepenuhnya masa di Dream World sehingga tutup jam 5 petang. Zyzool tempah grab menuju ke Icon Siam Mall

Sampai je kat Icon Siam Mall kiteorang carik makanan halal dulu hehehe. Ada kat Ground Floor. Pelbagai makanan korang boleh cari kat sini. Kemudia kami balik menaiki FREE SHUTTLE BOAT yang disediakan di Icon Siam menuju ke penginapan kami.

DAY 6 : Sunflower Field Lopburi

Meneruskan penerokaan pada hari ini menaiki keretapi kelas “Ordinary” kipas ke TEMPAT UTAMA pengembaraan kami pada kali ni iaitu Sunflower Field di Lop Buri!! 9:25 pagi kami menaiki keretapi di Stesen Hua Lamphong & tiba di Lop Buri jam 1 tengahari. 4 jam uolsss perjalanan dari Bangkok hanya keranamu Bunga Matahari!! Adehhhhhh lama kan? Demimu sang matahari!

Dipermudahkan urusan berkenalan dengan traveller dari Malaysia En Eddy sekeluarga di dalam train yang juga ingin ke ladang sunflower. Dapatlah kami tong tong tambang pengangkutan yang bagi kami amat murah berbanding pergi sendiri. Terima kasih En Eddy sekeluarga!!

Nota: Musim bunga Matahari ni hanya ada pada bulan November hingga Januari sahaja! Nak cantik pergi akhir bulan November atau awal bulan Disember. So korang boleh plan la dari sekarang untuk misi mengembara menjejaki bunga Matahari di Lopburi 🤗

p/s: jangan lupa pakai sunblock.. tapi kite dah pakai sunblock pon tetap tak leh block the sun 😭😭

Ambil la gambar puas-puas!! 4 jam kan nak sampai sini!! hahahaha dah puas tu kami terus kembali ke Stesen Lop Buri. Singgah jap bergambar di depan Lopburi Monkey Temple. Banyak naw monyet merata!! Takut iolsss hahaha.

Kemudian kami berjalan kaki ke masjid berhadapan Stesen Lop Buri. Sebenarnya nak cari kedai makanan halal. Jam waktu tu dah menunjukkan pukul 4 petang. Perut dah berbunyi. Last makan jam 7 pagi tadi. Lepas menapak kami ternampak masjid & rupanya kami dimaklumkan kedai makan dah tutup jam 3 petang. Takpelah bukan rezeki kami. Terus bersolat jamak di Masjid Lopburi tersebut. Tetibe jemaah masjid di situ menawarkan untuk kami menjamu makan di situ.

“Dah make ke belum ni?” Meh la make sini..”

Allahu maka nikmat tuhanmu yang manakah yang Kau dustakan? Syukur ya Allah.. selesai bersolat & menunggu juadah disediakan oleh jemaah masjid tersebut, datang sepasang suami isteri iaitu Syawal & Fa juga merupakan rakyat Malaysia yang menumpang solat di situ juga. Sapa kata orang kita sombong kat negara orang?? Hehehe tapi adalah juga orang Malaysia dalamn tren acah-acah tak pandang kami walaupon kita senyum kat dia.. Takpelah dia je sorang kayakan bole gi travel.. Huaaaaa

Ouh berbalik pada Shawal & Fa tadi.. Apalagi jumpe orang kita kan hehe rancaklah Zyzool berborak & berkongsi cerita. Walaupon jauh mana kita mengembara… Islam jua yang menyatukan kita. Pengalaman yang sangat hebat & tidak dapat di beli mahupun di rancang. Allah jua sebaik-baik perancang. 

trazy.com

Kemudian kami kembali ke Bangkok jam 9 malam. Aduh jauh benar perjalanan semata keranamu BUNGA MATAHARI!! Malam tu kami makan di Saman Restaurant makanan dari turkey! Dah kekenyangan solat & tidur!! Pengembaraan masih panjang!! hahaha

Day 7 : Maeklong Railway Market + Damnoen Saduak Floating Market

Seawal 6:15 mini van pick up kami di hotel menuju ke Maeklong Railway Market. Tiba jam 8:30 pagi dan sabar menanti keretapi lalu di tengah-tengah laluan pasar pagi ini jam 9 pagi. Hehee excited!! Dekatnya tren ni ngan kami!! Wow pengalaman yang luar biasa!!
trazy.com

Kemudian terus ke Damnoen Saduak Floating Market menaiki bot panjang & menikmati suasana jual beli dalam bot hehehe.. Ada satu kedai jual baju kat sini terima kad kredit uolss.. Kat market sini memang mostly terima cash sahaja!! Jadi bawaklah cash secukupnya ya!

Kemudian meneruskan pengembaraan ke Bangkok untuk jelajah buah tangan buat keluarga tersayang di Malaysia . Malam ni kami makan di Yana restaurant di MBK Mall tingkat 5. Sedap dan harga berbaloi!!

DAY 8 : The Marvel Experience Thailand

Pagi ni meneruskan iti kami ke The Marvel Experience Thailand. Naik BTS ke Udom Suk. Kemudian naik FREE SHUTTLE BUS ke Mega Bangna. Dari Mega Bangna naik lagi FREE SHUTTLE BUS ke The Marvel Experience. Yeahh I like free-free ni hihih..

Sementara nak tunggu Zyzool & Ayra masuk jam 3 petang kami ke Marvel Super Store.. Adeh masuk sini dah rambang mata. Harga baju kat sini murah!! Eh tahu-tahu nak dekat pukul3 hahaha.. Zyzool & Ayra excited sungguh nak ke Taman Tema Marvel ni. Ayfa tak boleh masuk sebab tak cukup tinggi. Jadi Mira & Afya main di ruang permainan kanak-kanak. Best jugak layan Afya main kat sini.
Klook.com

Tup-tup Zyzool & Ayra dah siap latihan Marvel tu. Kiranya taman tema ni korang pergi latihan nak jadi salah satu ahli Avengers la gitu hehe.. Lepas je tamat latihan akan dapat Kad Marvel. Zyzool & Ayra dapat bergambar bersama Spiderman! Jeles iolssss

Pastu kami ke Avengers Cafe untuk redeem free drink. Duduk kat situ dan buka la makanan bungkus kami dari 7 Elevan. Eh boleh tahan juga rasa! Hehehe. Yang penting halal!!

Seterusnya kami ke Terminal 21 iaitu mall bertema Lapangan Terbang! Setiap tingkat mewakili negara-negara terpilih. Memang cantik! Toilet pon cantik!! Naikla kami setiap tingkat untuk menikmati kecantikan mall ini. Eh ada surau la di tingkat 3 iaitu aras Istanbul.

Day 9 : Chatuchak Weekend Market & Pratunam Market

OK last shopping sebelum balik Malaysia petang nih. Hihihi berhenti di MRT Chatuchak. 10 minit jalan kaki sampai la pasar tu. Adeh… Rambang mata iolsss! Macam-macam cenderamata ada di jual di sini. Tinggal bawak duit jelah. Jangan lupa teknik tawar menawar diperlukan di sini kecuali kalau dia dah pamerkan harga besar-besar!

Pastu terus lari ke Pratunam Market. Pon sama! Shopping la sampai pengsan! Hahaha tapi kad kredit tak diterima ya! Cash only!! Kat depan Pratunam Market ni ada Pusat Beli Belah Platinum Fashion Mall. Yang ni macam Kenanga Wholesale. Beli banyak lagi murah! Ada surau juga tingkat 2 (wanita) & tingkat 5 (lelaki)! Nampak kebab tepi jalan hahaha apa lagi beli bungkus ekekke pastu terus bersiap balik menaiki tren ke Padang Besar!

Sebaik sempat kejar tren pukul 3 petang hahaha selamba je angkat bag gabak dan hasil tangkapan semua dalam ketapi. Nanti kita packing la balik dalam tren. Wakakakaa 

Masuk je tren ada staf datang untuk tempahan makanan. Alhamdulillah halal. So tempah siap-siap pukul 6 petang dia akan hantar kat tempat duduk kami. Ayra & Afya aplagi start la main masak-masak. Mira & Zyzool packing-packing sikit hasil tangkapan kami tadi hehehe tapi banyak masa lagi kan 18 jam tuuu hahaha relax laaaa

Pukul 6 petang makanan kami tiba & staff dah mula start pasang katil. Hehehehe tak sabar nak lunjurkan kaki hihihi. Malam masih panjang……

Day 10 : Stesen Besar Padang Besar

Alhamdulillah kami tiba di Stesen Padang Besar jam 9:30 pagi. Beratur di Imigresen Thailand dahulu kemudian Imigresen Malaysia. Kemudian kami bersarapan pagi di Naseer Kafetaria di Stesen Padang Besar. Boleh letak beg kat situ. RM5 setiap bag! Jadi tak payah la bawak bag gabak ke sana ke mari. Free & easy berjalan sekitar Padang Besar sementara menunggu tren ETS ke Gemas jam 6 petang.

Day 11 : Stesen Kulai

Alhamdulillah kami tiba di Gemas jam 3 pagi. Kemudian menunggu Tren ke Kulai jam 5:40 pagi dan selamat tiba di Stesen Kulai jam 9:25 pagi. Berkat doa semua alhamdulillah pengembaraan backpack kami berjaya & dipermudahkan.

Terima kasih semua!!

Tambahan info:
1. Kalau korang dari KL lagi murah. Kami dari selatan nun ke utara so mahal la sikit kos pengangkutan hehehe.
2. Bawalah duit secukupnya. Kalau tak cukup boleh keluarkan duit kat CIMB Thai Bank. Ada certain tempat je boleh pakai kad kredit. Tu pon ada minimum pembelian.
3. Kalau dah tak tahu nak makan mana sangat pergi je 7 Elevan. Banyak makanan ada logo halal. Minta pekerja tersebut panaskan makanan frozen dalam microwave. Boleh pakai kad di 7 Elevan tapi kena beli minimum 300 Baht ~ RM38
4. Pengembaraan kali ini memang total konsep backpack. Hehehe jadi penginapan kami juga di Backpackers Hostel. Murah tapi selesa!! Kena pastikan betul-betul hostel tersebut menerima kanak-kanak atau tidak.

5. Alhamdulillah Ayra & Afya enjoy the journey. Kalau mereka penat mereka akan tidur di stroller. Stroller kami bawa yang boleh laras habis jadi mereka tidur dalam keadaan selesa. Permainan kegemaran mereka juga kami bawa supaya mereka tidak bosan & seronok dalam pengembaraan ke Bangkok ini. Antaranya adalah buku sticker, permainan masak-masak on the go, kad Uno & patung My Little Pony hehehe.. Bila waktu terluang kami bermain kad Uno bersama!
6. Orang Malaysia memang ramah tamah! Ramai juga kenalan baru yang kami kenali sepanjang pengembaraan ini! Salam Perkenalan!! Ada rezeki kita jumpa lagi!!

Nanti kami kongsikan Tips Percutian ke Bangkok ya hehe

Semoga perkongsian pengembaraan backpack bersama anak kecil menaiki pengangkutan awam ke Bangkok Thailand ini bermanfaat!!

“The world is too big to stay in one place & life is too short to do just one thing”

Happy Travel

Kami bukan Travel Agent!!
Kami hanya berkongsi pengalaman mengembara bersama anak kecil!!

>

Leave a Reply

Close Menu