Itinerari Hong Kong 7 hari 6 malam

Ya bukan mudah untuk mengembara ke luar negara bersama anak kecil. Lagi-lagi mengembara ala backpack ni. Semua sendiri dari pembelian tiket kapal terbang, tempat tinggal & susun jadual perjalanan. Kami pernah kongsikan sebelum ini percutian kami secara DIY atau ala backpack iaitu semua sendiri & tips mengembara bersama anak kecil di bumi Hong Kong pada April 2016. Boleh klik button di bawah ini ya 🙂

Mira ada kongsikan tips percutian ke Hong Kong di facebook selepas percutian kami tersebut.

Itinerari Hong Kong

Melalui perkongsian kami di facebook, ramai kenalan yang meminta itinerari dari kami dan alhamdulillah mereka memberikan reaksi positif apabila menggunakan itinerari kami sewaktu mereka bercuti ke Hong Kong.

Mira kongsikan sebahagian rakan yang DM Mira selepas menggunakan itinerari kami sewaktu bercuti ke Hong Kong. Alhamdulillah mereka sentiasa di jalan yang benar. Hehee

Untuk anda yang baru pertama kali ingin mengembara ala backpack ke luar negara bersama anak kecil, Mira sarankan untuk mulakan dulu pengembaraan ke Hong Kong. Ini adalah kerana pengangkutan awam di sana adalah sangat mudah & straight forward. Tempat tinggal juga berdekatan dengan stesen MRT. Makanan halal juga senang nak dapat, hanya tinggal bawa duit je. Hehe kalau korang duduk di guesthouse boleh masak bahan makanan dari Malaysia so lagi jimat perbelanjaan di sana.

Mira kongsikan anggaran perbelanjaan kami untuk Hong Kong

Flight Ticket : AA KLIA2 ke HK (tiket Ayra pon sama sebab dah lebih 2 tahun.. huhu) RM276.40
Penginapan : 7 hari 6 malam RM511.50
Pengangkutan : MRT, Bus, Ding Ding Tram, Star Ferry, Airport Express RM157.30
Disneyland HK : RM271
The Peak : 3 in 1 Combo (The Peak, Madame Tussaud & Sky Terrace) RM140.80
Crystal Cabin (Ngong Ping): RM128.25
Ocean Park : RM164.60
Makanan : RM31.90
(Dari Malaysia)

TOTAL RM1681.75 SEORANG

*meliputi semua POI di Hong Kong tapi TAK TERMASUK souvenirs, nafsu makan & nafsu shopping la ye hehe

Antara POI (Point of Interest) yang kami lawati di Hong Kong adalah :

  1. Disneyland HK
  2. The Peak
  3. Madame Tussauds
  4. Sky Terrace 428
  5. Ocean Park
  6. Ladies Night Market
  7. Temple Street Market
  8. Masjid Ammar & Osman Saddiq
  9. Toy Street
  10. Citygate Outlet
  11. Ngong Ping 360
  12. Sneaker Street
  13. Electronic Street

Memang seronok! Ok yang nak itinerari Hong Kong boleh terus download kat button bawah ni ya 🙂

Itinerari Hong Kong

Jangan lupa kongsikan percutian anda ke Hong Kong bersama kami taw. Hehe.

Semoga bermanfaat & happy travel 🙂

Leave a Reply

Close Menu