Itinerari Gold Coast 6 hari 5 malam

Ramai kenalan yang tanya.. Kenapa Gold Coast? Kenapa tak gi Perth ke? Sydney ke? Melbourne ke? Hehehe. Memang kami nak ke Gold Coast!! Lagipon tak banyak info untuk Family Travel ke Gold Coast berbanding kawasan lain di Australia. So kami ambil cabaran itu untuk menerokai Gold Coast, Australia dan kongsikan kepada anda semua kaki travel termasuk #MYFamilyTravel.

Gold Coast, Australia

Gold Coast ni terletak kat Queensland, Australia. Terletak di tepi pantai dan merupakan tempat percutian bagi rakyat Australia sendiri. Kalau dah orang Australia pon rasa best cuti kat Gold Coast ini, kita orang luar ni memang sangat teruja sangat bercuti di sini. Hehe

Seronok ke Gold Coast?

Gold Coast terkenal dengan tagline Famous with Fun!! Haaa tagline dia pon dah ada FUN = SERONOK. Memang banyak Taman Tema & Tempat Menarik dalam Gold Coast ini. Memang boleh fun la dalam Gold Coast ni. Hehe.. Korang kena susun itinerari mana yang korang nak pergi sebab banyak sangat tempat yang korang boleh pergi. Antara teman tema & tempat menarik yang boleh dikunjungi di Gold Coast adalah:

  • Warner Bros Movie World
  • Sea World
  • Paradise Country
  • Currumbin Wildlife Sanctuary
  • Wet & Wild
  • Dreamworld
  •  Skypoint dan banyak lagi

Pengangkutan awam di Gold Coast?

Senang je naik public transport dalam Gold Coast ini. Ada City Tram yang disediakan. Korang hanya perlu beli Go Card atau Go Explore je. Guna kad ini lebih murah berbanding korang beli tiket. Nak ke Brisbane pon senang je. Naik airtrain dari Gold Coast terus sampai Brisbane. Pon guna Go Card je. Senang nak paham naik public transport di Gold Coast. Jangan lupa install apps Translink untuk memudahkan korang nak naik bas atau tram mana.

Makanan halal senang ke nak jumpa?

Adeh yang ni memang berlambak sepanjang jalan kat Surfers Paradise. Tinggal korang bawak je duit. Hihihi merata ada makanan halal. Even coklat-coklat pon ada logo Halal. Boleh beli untuk bagi souvenir!

Barang kat Gold Coast mesti mahal!

Eh tak jugak! Ada barang-barang yang murah taw dari Malaysia!! Kalau gi Australia ni memang kena borong perfume. Bukan yang cikai-cikai tu. Yang branded-branded kat sini ratus-ratus kat sana mur mur je. Hihihi.. Pinggan mangkuk Correlle pon murah-murah. Banyak la lagi barang yang best & murah hihi

Ada tips tak nak bercuti ke Gold Coast?

Kami ada kongsikan 18 tips percutian ke Gold Coast taw. Dah baca ke belum? Hihi kalau belum, korang boleh baca kat link kat bawah ya!

Itinerari Gold Coast 6 hari 5 malam

Hehehe khas untuk korang pembaca setia Zyzool Mira Travel, Mira kongsikan Itinerari ke Gold Coast 6 hari 5 malam kat link bawah ya.

Akhir kata pecah kaca pecah gelas, dah baca harap follow, like, share nanti kita balas hehehe. Thank you guys!

>

Leave a Reply

Close Menu