6 Cara Mendapatkan T-Money Secara Percuma!

Haritu Mira ada kongsikan di facebook pasal T-Money percuma dari Korea Tourism Organization Malaysia (KTO Malaysia). Mesti ada yang dah tahu melalui laman web KTO Malaysia kan? Ok harini Mira akan kongsikan cara bagaimana nak dapatkan T-Money secara PERCUMA!!!

T-Money ni sebenarnya kad ala Touch & Go. Nak naik subway ke train ke atau bas mudah sahaja kalau ada T-Money. Tap aje!! Kalau abis duit dalam kad tu top up je. Dan harga tiket pengangkutan lebih murah berbanding beli single ticket. Kad T-Money ini boleh di beli di airport, convenience store & stesen keretapi dengan harga 4,000 won iaitu lebih kurang RM15. Lepas tu korang kena top up la ikut berapa nilai kredit yang korang nak.

Bagaimana cara nak dapatkan T-Money secara percuma?

Ok mudah je sebenarnya nak dapatkan T-Money ni secara percuma! Korea Tourism Organization Malaysia ada menawarkan coupon booklet iaitu Discover Korea Your Way (DKYW) 2018 yang dikepilkan bersama T-Money secara percuma!! Ada banyak coupon discount dalam DKYW 2018 ini yang boleh digunakan ketika anda bercuti di Korea. Antaranya, diskaun kupon untuk penyewaan hanbok seperti yang kami sewa tu.

Ok jom Mira sharekan step by step untuk mendapatkan coupon booklet DKYW 2018 + T-Money secara percuma!

  1. Korang kena daftar sebagai ahli di Kaki Korea Club (KKC) di sini
  2. Lengkap survey di sini & uploadkan flight itinerary korang (wajib ada flight tiket & penerbangan korang haruslah di antara Mei 2018 hingga 31 Mac 2019)
  3. Lepas korang dah lengkapkan survey tu korang akan di berikan survey code taw! Ok survey code tu korang kena ingat untuk redeem DKYW 2018.
  4. Tuliskan nama ahli KKC, Survey Code & Fotostat I/C atau Passport & Flight Itinerary.
  5. Pastu korang boleh redeem DKYW 2018 itu di Korea Plaza atau secara pos.
  6. KTO Malaysia akan berikan anda coupon booklet DKYW 2018 + T-Money secara percuma! Korang boleh minta juga kupon diskaun lain yang mereka tawarkan. Tadaaaa jimat lebih RM20 dah!!

Kalau korang guna kupon diskaun yang mereka bagi tu maka terlebihlah jimatnya. Macam kami dapat potongan 40% bila sewa hanbok di Hanboknam. Dekat RM120 juga jimat!! hehe

So apalagi?

Kalau korang bakal ke Korea cepat-cepat dapatkan coupon booklet DKYW 2018 + T-Money secara percuma!!

Happy Travel ✈️

>

Leave a Reply

Close Menu