5 cara mengelak bayi anda menangis ketika menaiki kapal terbang

Memang tidak dinafikan sangat mencabar membawa anak bercuti lebih-lebih lagi ala backpackers. Tapi anak-anak bukanlah sebab kita harus berhenti menikmati keindahan ciptaan Allah swt bukan? Mira sangat seronok bawa anak bercuti. Setakat ini memang tak pernah lagi tinggalkan anak ketika bercuti. Semoga dimurahkan rezeki & dipermudahkan urusan buat kita semua untuk sama-sama berkongsi kegembiraan bercuti bersama anak kecil kita. Seawal 5 bulan kami dah bawa anak kecil kami bercuti. Masa tu agak risau tapi Mira memang buat banyak research sebelum kami bercuti menaiki kapal terbang. Alhamdulillah setakat ini Ayra & Afya memberi kerjasama baik dalam kapal terbang. Behave & tidak menganggu penumpang lain. Alhamdulillah. Jom Mira kongsikan 5 cara mengelak bayi anda menangis ketika menaiki kapal terbang. 

5 Cara Mengelak Bayi Anda Menangis Ketika Menaiki Kapal Terbang

Susukan Bayi Ketika Kapal Terbang BERLEPAS & MENDARAT

Dengan menyusukan bayi anda ketika kapal terbang berlepas dapat membantu ketidakselesaan telinga bayi anda akibat perubahan tekanan udara. Boleh juga bagi puting atau botol untuk bayi anda hisap. Jadi mereka akan menelan air liur dengan sendiri ketika menghisap susu.

Bawa MAINAN untuk Bayi Anda

Tarik perhatian bayi anda dengan mainan kegemaran mereka. Bila bayi anda happy mereka lupa la apa itu menangis hihihi

Rancang Penerbangan Sekitar Waktu Tidur Bayi Anda

Jika boleh, rancanglah waktu penerbangan anda. Waktu malam lebih baik jadi bayi anda akan tidur sepanjang perjalanan. Oh baju sejuk atau selimut bayi jangan lupa. Best-best tidur sejuk pulak. Nanti kita pon pening pale bayi nangis kesejukkan. Hihihi

Jangan Lupa Bawa Makanan Kegemaran Bayi Anda

Kadang bayi kita nangis sebab lapar. dah minum susu tapi nak makan yang kunyah-kunyah. Hihihi jangan lupa bawa “baby food atau snack”. Jadi anak anda tak lah merengek kelaparan dalam kapal terbang.

Doa Semoga Perjalanan Anda Dipermudahkan

Kadang dah buat semua pon bayi masih nangis. Jangan panik. Memang lumrah bayi tak boleh nak luahkan apa yang terbuku di hati mereka. Kita sebagai ibu dan ayah cubalah sebaik mungkin menenangkan anak kita supaya tidak mengganggu penumpang di sekitar. Banyakkan berdoa sebelum bercuti & sepanjang perjalanan Moga dipermudahkan urusan kita mengembara melihat ciptaan Allah bersama anak tersayang.

Happy MY Family Travel

Leave a Reply

Close Menu