18 Tips Percutian ke Gold Coast, Australia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kali ini kami #MYFamilyTravel berjaya redah ke Gold Coast & Brisbane, Australia pula selama 6 hari 5 malam.

Harini Mira kongsikan tips & bajet kami ke Gold Coast, Australia baru-baru ini. Semua sendiri dari pembelian tiket kapal terbang, tiket taman tema, itinerari perjalanan & permohonon visa.

Oppsss we did it again πŸ˜… Bismillah...

A post shared by ✈️ MY Family Travel (@zyzoolmiratravel) on

Berikut senarai anggaran PERBELANJAAN kami seorang :

✈️ Tiket Penerbangan AA KLIA2 ke Gold Coast Airport (OOL) RM716 pergi balik seorang kecuali Afya (Infant) RM250
🎟 ETA Visa: RM 25 seorang
πŸ› Penginapan: 6 hari 5 malam RM1400
🚊 Pengangkutan: City Tram, Airtrain & Bas RM150
🎑 Dreamworld + White Water World + Skypoint: Unlimited Pass RM 218 seorang
🐬 Sea World: RM 174 (Dewasa) RM 104 (Kanak-kanak)
πŸ›₯ Wyndham Cruise: RM 56 seorang

TOTAL RM1689 SEORANG (TAK TERMASUK souvenirs, nafsu makan & nafsu shopping la ye hehe)

18 Tips Percutian ke Gold Coast, Australia

1.Β VISA

🎟 VISA: Korang memang kena mohon visa kalau melancong ke Australia. Mudah je, korang boleh mohon visa secara online di laman web rasmi mereka Electronic Travel Authority (ETA) $20 atau nak lagi murah, korang boleh mohon dengan mana-mana authorized agent untuk Australia visa serendah RM20. Jika takde masalah within 24 hours korang akan dapat visa tu.

2. INCOMING PASSENGER CARD

πŸ›ƒ INCOMING PASSENGER CARD: Kad ini akan diedarkan waktu korang dalam pesawat. Ok kalau nak masuk Australia ini ketat taw mereka cek. Korang kena declare makanan yang korang bawak kat dalam Incoming Passenger Card. Antara makanan yang tak boleh bawa masuk ke Australia ialah produk tenusu, kekacang, buah-buahan, daging dan banyak lagi. Jujur je tulis apa yang korang bawak. Nak selamat kami bawak brahim’s Nasi Lemak, Nasi Goreng & Maggi alhamdulillah tak kena tahan. Luggage kami, mereka tak bukak pon. Yang penting pamerkan senyuman yang manis kat pegawai imigresen & kastam mereka. Hihi plus doa semoga dipermudahkan..

3. GO CARD / GO EXPLORE

🎫 GO CARD / GO EXPLORE: Kalau nak beli Go Explore di Gold Coast Airport, ada di jual di kedai Hub Convenience. Keluar Arrival Hall belok kanan pastu jalan terus je ke depan, sampai nampak kedai warna hijau belah kiri. Korang kena tunjukkan passport waktu nak beli kad Go Explore ini sebab hanya pelancong je boleh beli. Dengan kad Go Explore korang boleh naik berapa kali korang suka bas atau city tram $10 sehari (Unlimited Ride) dalam Gold Coast sahaja. Esok kalau nak guna lagi top up je $10. Hari berikutnya kami guna Go Card pula. Setakat naik pengangkutan awam 2,3 kali dalam sehari, Go Card lebih jimat. Ni takde jual kat Airport. Tapi kalau kat Surfers Paradise tu merata ada jual. Kad Go Card ni macam Touch & Go la kalau kat sini. Kena top up kalau dah nak abis. Susun itinerari korang & cek berapa harga perjalanan sehari & buat pilihan bijak sama ada nak guna Go Explore atau Go Card.

4. PENGANGKUTAN

πŸš†PENGANGKUTAN: City Tram, Airtrain & Bus antara pengangkutan yang kami naik di Gold Coast & Brisbane.
*Dari Airport Gold Coast nak ke tempat tinggal kami di Surfers Paradise naik bas 777. Nak naik bas dari Airport korang keluar je Airport nampak stesen bas. Bas ini akan berhenti kat stesen Broadbeach. Dari situ kami menaiki Tram ke Surfers Paradise. Ok tram nih dia takde besi palang taw macam MRT tu.. Kita boleh je terus masuk dalam tram tu. Jadi korang kena ingat sebelum nak naik tram korang kena tap Go Card/Go Explore kat mesin kuning yg dia letak kat tepi & tengah-tengah stesen. Lepas dah sampai destinasi, keluar dari tram & tap semua kad anda. Terpikir gak orang boleh je naik tak bayar. Huhu nih kena jujur la. Kadang akan ada staf tram yang akan cek korang tap tak kad.

  • Kalau nak ke Brisbane pula naik Airtrain. Go Explore tak leh guna kat Brisbane. Guna kad Go Card je taw.
  • Kalau nak ke Harbour Town korang boleh request FREE SHUTTLE kat laman web mereka. Nanti akan ada bas ambil di tempat yang ditetapkan secara PERCUMA.
  • Nak ke Dreamworld naik bas TX7
  • Nak ke Seaworld naik bas 705
  • Nak ke Skypoint jalan kaki je kalau duduk area Surfers Paradise

5. PENGINAPAN

πŸ› PENGINAPAN: Untuk penginapan ini korang boleh cek sendiri nak duduk mana menggunakan apps HotelsCombined.com. Banyak pilihan penginapan yang disediakan & Hotels Combined akan bandingkan harga dari semua laman web terkenal sepertiΒ Booking, Expedia, Agoda & banyak lagi. Kalau nak penginapan yang murah korang memang kena booked awal-awal. Makin dekat baru nak booked, risau harga makin tinggi. Huhuhuh… Dan harga penginapan agak mahal di kawasan tumpuan seperti Surfers Paradise berbanding kawasan lain. Kalau korang nak penginapan yang murah cari kawasan jauh sikit dari kawasan tumpuan tapi dekat dengan public transport. Untuk 2 malam pertama kami menginap di Surfers Paradise iaitu Trickett Gardens Holiday Inn. Pastu 3 malam terakhir kami menginap di kawasan Surfers Paradise North iaitu Alpha Sovereign Hotel.

Trickett Gardens Holiday Inn

Trickett Gardens Holiday Inn

6. INTERNET

πŸ“±INTERNET: Cuba korang bayangkan hidup tanpa internet?? Hahaha.. Agak-agak tak boleh hidup tanpa internet, korang boleh beli simkad data dari pelbagai syarikat telko kat Australia ni. Antara yang popular Optus, Telstar & Vodafone. Korang boleh dapatkan Optus Yes serendah $10 untuk 7 hari. Tapi kalau korang pengguna Digi Postpaid Plan dengan pakej lebih RM100, jangan lupa aktifkan sim kad untuk roaming secara percuma 5 GB di 10 buah negara termasuk Australia.

7. APPS

πŸ…° APSS: Ni macam biasa la mana tau kalau sesat ke hapa ke kan? hihi jangan lupa untuk download sesiap Google Maps atau MAPS.ME apps atau mana-mana map apps yang boleh digunakan ketika offline… Pastu apps yang wajib kena install kalau guna public transport di Australia ini ialah apps Translink. Inshaa Allah akan sentiasa di jalan yang benar hehe..

8. TAMAN TEMA

🎑 TAMAN TEMA: Dalam Gold Coast ini banyak gile taman tema. Korang pilih la yang sesuai dengan team group percutian korang. Lepas buat research taman tema yang mana sesuai untuk Family Travel, kami pilih untuk ke Dreamworld & Seaworld. Tiket ini kena beli online sesiap sebelum ke sana sebab lagi murah. Tiket Dreamworld kami beli online kat laman web Experience Oz. Kiteorang dapat tiket Unlimited Entry dengan harga jauh lagi murah (RM268.12) dari harga 1 Day Pass $105 ~ RM315. Tiket kami termasuk Unlimited Entry ke Skypoint & White Water World. Dah jimat kat situ. Kiranya naik Skypoint free lah. Hihihi Tiket Sea World pon sama kami dapat sangat murah $58.27 ~ RM174 berbanding harga walk in $89 ~ RM270. Jauh beza kan? Jimat ~RM100 sorang huhuhu..

9. KOALA BEAR/KANGAROO

🐨 KOALA BEAR/KANGAROO: Tak sah la kalau gi Australia tak tengok & pegang Koala Bear atau Kangaroo kan? Hihi kalau kat Gold Coast korang boleh pergi Currumbin Sanctuary Wildlife, Paradise Country atau Dreamworld Corroboree. Disebabkan kami dapat Unlimited Pass ke Dreamworld, kami pilih untuk melihat Kaola Bear dan Kangaroo di Dreamworld Corroboree. Jimat masa & duit. Hehe

10. SOUVENIRS

🎁 SOUVENIRS: Belambak kedai souvenir kat Surfers Paradise. Tapi kalau nak yang murah korang gi GBO Souvenirs Shop. Kedai ni dekat je ngan stesen Cavill Avenue. Risau sesat korang cari je kedai Condom Kingdom kat Google Maps. Kedai GBO ni betul-betul depan Condom Kingdom. Jangan salah masuk kedai sudah. Hahaha souvenir dia mostly bawah $5. Murah kan?

11. SHOPPING

πŸ› SHOPPING: Adeh walaupun mata wang mereka lagi tinggi tapi after convert ada barang-barang yang murah taw korang boleh usha kat Australia ini. Kalau korang kaki shopping kena kumpul duit bebanyak sebelum pergi Gold Coast hahaha. Mostly kedai-kedai ini ada cawangan dalam Australia. Kalau nak beli perfume murah gi Chemist Warehouse. Kalau perfume sini yang harga RM3++ sebotol kadang boleh dapat bawah RM100. Baju-baju macam H&M tu kat sini kami belikan untuk anak-anak dalam $2.50 ~ RM7 sehelai. Buat pengumpul pinggan mangkuk, Corelle kat sini murah! Tapi makan berat la nak bawak balik Malaysia. Huhuhu. Baju baby BONDS belambak kat sini. Sehelai dalam $15 tapi beli lagi banyak lagi murah! Set Warna Crayola yang kat sini RM80 kat sana dalam RM12 huaaa nangis. Hahaha apa lagi sila la borong! Haha..

12. MAKANAN HALAL

🌯 MAKANAN HALAL: Senang nak cari makanan HALAL kat Gold Coast ini. Kalau kat area Surfers Paradise tu belambak la kedai HALAL. Antara kedai yang kami pergi ialah:

  • Free Range Chicken Shack
  • Shiraz Moderna
  • Afghan Charcoal Kebab House
  • Ozi Kebab

13. MESTI CUBE

πŸ‘πŸ» MESTI CUBE!!: Kalau dah sampai Gold Coast ni atau mana-mana dalam Australia ni, korang boleh cuba

  • Barista Coffee! Sedap! Kalau tak suka kopi boleh try perisa Chocolate botol warna purple. Kalau kopi Mira suka botol Merah. Huaaa serius sedap!
  • Churros kat San Churro. Dip coklat dia pon sedap sangat.
  • M&M’s perisa unik kat Woolworth atau Coles. Ikut musim & limited. Kiteorang gi dia baru keluarkan M&M’s Banana Split. Tapi limited time. Maybe time korang gi nanti perisa lain pula. Boleh beli untuk souvenirs sebab confirm HALAL ada logo kat bahagian belakang packaging.
  • Fish & Chips kat Peter’s Fish Market.
  • Hot Chocolate/Coffee kat Noosa Factory Outlet di Brisbane

14. NIGHT MARKET

πŸŒƒ NIGHT MARKET: Ada pasar malam Surfers Beachfront Night Market setiap hari Rabu, Jumaat & AhadΒ dari jam 4:30 petang hingga 9 malam berdekatan Surfers Paradise Sign di pantai. Boleh la nak tengok & feel suasana Bazar Karat kat Gold Coast. Hihi

15. SOLAT

  • Gold Coast Airport: Terletak berhadapan Arrival Hall
  • Dreamworld: Terletak berdekatan Billabong Restaurant & ABC Kids Area
  • Seaworld: TerletakΒ di bawah Main Station Train
  • Harbour Town: Terdapat Prayer Room juga di Harbour Town. Minta kunci di Tourism Lounge

16. TANDAS

🚻 TANDAS: Tandas sini macam biasa takde pili air. Jangan lupa bawak botol air untuk basuh pape yang patut. Hahaha

17. BABY ROOM = PARENTS ROOM

🚼 BABY ROOM: Ini untuk khas Family Travel macam kami mesti nak cari Baby Room untuk bersihkan anak kalau poo poo kan. Hihihi kat sini diaorang panggil Parents Room. Maknanya mak, pak, toddler & baby boleh membuang dalam ni. Hihihi so masuk la beramai-ramai dalam Parents Room ni. Tapi Parents Room ni tak macam kat Jepun, water filter tak disediakan. Cuma ada microwave je untuk panaskan susu.

18. STROLLER FRIENDLY

πŸ‘ΆπŸ» STROLLER FRIENDLY: Khas untuk Family Travel kalau nak bawak stroller sangat-sangat disarankan. Kat sini memang stroller friendly. Korang naik tram ke bas ke tak payah lipat stroller. Pemandu bas akan rendahkan tempat naik supaya senang kita masukkan stroller. Ada parking stroller disediakan dalam tram & bas di Gold Coast.

City Tram Gold Coast
Dalam bas di Brisbane menuju DFO

Semoga memberi manfaat & serba sikit membantu korang yang plan nak bercuti ke Gold Coast, Australia.

Full Itinerary Gold Coast? Klik link di bawah ya 😊

Leave a Reply

Close Menu