11 Tips Membawa Anak Kecil Mengembara Ke Tokyo Jepun

Mental kena kuat nak bawak anak mengembara nih.. Lagi-lagi travel ala backpack 

Semua sendiri..

Dari pengangkutan sendiri..

Tempat tinggal sendiri..

Mana nak pergi semua sendiri..

So perancangan tu penting

Kalau hiking kita penat bawak beg hiking kat belakang badan pastu nak kejar sunset/sunrise. Dengan penat daki gunung 80 darjah lagik. Tu tak masuk jalan berlumpur. Muke kena gigit agas lagik.. Pastu mental down. Mulalah terpikir nape la aku ikut ekpedisi nih.. 

Pastu turun gunung kaki sakit.. Tup tup pas sakit carik lagi next trip nak naik gunung mana ek hahaha

Sama la cam mengembara bersama anak nih tapi hiking atas diri sendirik je emosi mental dengan dirikau sendiri. Yang travel dengan anak nih dengan kena kawal emosi sendiri & emosi anak lagik puh berpeluh oooo hahaha

Bawak baby kat badan.. nak kejar itinerary.. pastu mood anak nak kena jaga.. bagi makan cukup.. kalau tak, boleh pewai oooo hehe last-last pikir punya pikir, decide tinggalkan anak kat umah suh orang jaga.. pastu ko gi bercuti berdua je ngan suami.. Alaaaa sian kat anak tu kan

Hahaha relax-relax tu CONTOH je

Dulu masa Ayra sorang kami cool je sebab dua dewasa (kami) boleh tengokkan 1 orang anak.. so travel tu relax lagik lah

Bila anak dua nih agak nervous sikit so kami mulakan travel dekat-dekat dulu. Dulu time Ayra kami test pergi Singapore. So far alhamdulillah Afya pon sama relax chill2 je happy jalan-jalan. So petanda baik tu

Before nih mira pernah bagi Tips Travel with Kids di Hong Kong.


Jadi kali nih mira share tambahan tips bawa anak bercuti ala backpack ke Tokyo Jepun

1. Stroller

Untuk mira yang ada anak 4 tahun memang wajib lah bawak stroller. Ok stroller tu make sure yang ringan dan kalau boleh stroller yang dapat recline habis ke bawah so anak dapat tido selesa walaupun take a nap so nanti bangun tak moody dah perjalanan percutian anda BERJAYA! hahaha dan mostly stesen keretapi & tempat-tempat kami kunjungi di Tokyo ada lift so easy peasy.

2. Baby Carrier

Carilah baby carrier yang selesa & ada sleeping hood. Hehe. Inilah rahsia mira boleh kejar itinerary macam orang bujang hahaha Dengan adanya sleeping hood pada baby carrier ini akan memudahkan anda untuk menyusukan anak anda di mana sahaja anda berada. Wow hahaha untuk yang bf la nih.. sleeping hood juga berfungsi untuk menutup cahaya dari terkena muka anak anda. So baby tidur nyenyak. Hehe Dengan penggunaan baby carrier jugak dapat mempercepatkan pergerakkan anda. Dua tangan bebas melakukan apa sahaja! Seperti? Ambil gambar, video yang mira rekod sendiri taw tu hehe lagi boleh tolak stroller, boleh macam-macam lah.. Mak jepun pon ramai yang pakai baby carrier. Kebetulan kalini kasi test Ergobaby 360 pulak. Eh mak jepun pon mira jumpe semualah memang pakai Ergobaby nih.. Kita geng haha

3. Makanan

Anak korang, mesti korang tahu suka makan apa kan? So siap-siap la bawak makanan kering tu. Macam roti ke, biskut ke packing siap-siap dari Malaysia. Macam Ayra suke makan telur & nasi, roti canai, roti putih tu & biskut marie. Di Tokyo tempat kami tinggal boleh masak. So beli telur masak nasi. Esoknya kami bawa bekal sesiap untuk Ayra. Biskut pon dah siap-siap packing dalam bag.

4. Baby Room

Mostly sepanjang mira travel nih (hahaha baru bape negara) baby room ada je merata. Senang nak jumpe. Tak pon toilet disable tu ada tempat untuk change nappy so senang la tukar nappy Afya. Untuk Ayra pulak ada je bilik air yang ada toilet budak so senang.. Tapi kan selama kami bercuti dari Ayra kecik sampai Ayra 4 tahun nih.. dia akan membuang yang besar tu bile malam dah balik bilik.. hehehe tak tahu lah nape.. Alhamdulillah dipermudahkan

5. Thermos

Yang ni mira memang akan bawa kalau bercuti. Nih sesuai untuk anak yang tak bf tapi sesuai jugak untuk mak pak budak thermos tu korang bawak yang kosong taw jangan ada air. Kalau tak nanti kena buang je kat check beg kastam tu. Lepas dah masuk balai pelepasan dan dah lepas kastam haaa waktu nih lah korang cari air panas/air sejuk letak dalam termos tu.. sedapp ooo hehe pastu dah sampai destinasi carilah mana-mana pili drinking water untuk top up air hehe. Dan mostly baby room di Tokyo ada disediakan air panas. Kami siap masak bubur instant lagik kat Sanrio Puroland

6. Tandas

Kita ada kat negara orang takkan nak tido je dalam bilik kan? Hehe so nak bergerak dengan pantas dan cover sebanyak mungkin Point of Interest (POI) selama tempoh kita bercuti tu. Tetibe perut memulas plak. Dah kena bukak baby carrier pastu pas kat suami pastu kite dah siap suami plak nak eeeek adoiii lambat nih camne hahaha jangan salahkan perut yang memulas tu sayang oii angkut je Afya masuk sekali dalam toilet sebab ada baby rest for babies umur 5 bulan ke atas. So dua-dua ummi & ayah boleh eeek serentak dah selesai boleh terus kejar ke destinasi dituju

7. Pakaian

Make sure check suhu & musim korang bakal bercuti tuh. Kalau sejuk jangan lupa pakaikan long john. Mira lagi selesa bawak anak suhu yang nyaman sementara anak masih kecil nih hasrat nak main salji haruslah dilupakan hahaa. Mira ada pengalaman bawak Ayra bercuti ke Seoul Korea 2015 masa tu akhir2 winter nak masuk spring huhu pakai berlapis-lapis jugak baju. Sampai ada makcik ahjumma bagi baju sejuk sebab kesian tengok Ayra. Padahal 5 lapis baju pakai tu, dalam ada long john. Luar dah pakai jaket tebal, topi ngan telinga dah tutup. Tapi orang tua kan hehe dia kesiankan baby yang sejuk. So percutian ke Tokyo Jepun baru ni suhu just nice dan ada 1 hari hujan renyai-renyai. So dah siap-siap ponco dalam bag

8. Penginapan

Buat research betul-betul tempat bakal korang stay sepanjang waktu bercuti tu. Tanya betul-betul kat host penginapan mereka sesuai tak untuk anak menginap sekali. Sebab ada certain tempat tak benarkan baby menginap disitu. So check before booked ya. Haritu Zyzool booked bilik yang japanese futon. Yang tilam atas lantai tu. Memang best dan tak risau Afya terjatuh

9. Souvenir

Allocate la sikit duit untuk beli souvenirs untuk anak tak mahal murah pon takpe. Nih bagi anak yang dah paham la macam Ayra. Ayah Ayra nih pengumpul fridge magnet so Ayra mengikut sekali peel ayahnya. So pergi setiap tempat dia akan cari fridge magnet dulu. Tu pon dah buatkan dia bahagia! (Fridge Magnet je pun kat Jepun)

10. Mood & Behavior

Yang ni payah sikit  yang ni kena training dari awal. Senang cite dari kecik. Apa yang boleh apa yang tak boleh. Huhu senang cakap anak korang.. korang tahu lah nak handle. Huhu macam Ayra kan kalau excited berborak dia tak pasan dia terborak kuat-kuat tau. Nak research gi jepun nih terbaca lah plak orang cakap orang jepun tak friendly dengan budak kecik omai cuak weh.. so before pergi ke jepun dah latih Ayra… Setiap kali Ayra borak akan pesan kat dia “Kakak suara tu pelan sikit eh..” nanti dia borak bisik-bisik hehehe.. okey so tibalah masa kami ke bumi jepun. Naik je train, Afya pulak nangis adoi berpeluh ummi nak. Uncle jepun kat sebelah kita relax je main cak-cak dengan Afya dan buat Afya tersenyum.. Banyak kali lah makcik pakcik jepun malah orang mude jepun hai hai dan gurau-gurau dengan Afya. So don’t worry. Normal la baby atau budak sometimes cranky. Baby jepun pon nangis. Kalau tak nangis tu yang normal.. Kita ni as a parents kena tahu how to handle our children

11. Kerjasama

Nih lah sebab & sebab & sebab utama korang akan decide tinggalkan anak atau bawa anak ikut sekali gi travel selepas satu percutian… Huhuhu yang ni nak pesan carilah pasangan yang boleh bekerjasama cam tak sesuai plak kan? Dah tentu-tentu tu laki ko dan dah tentu-tentu tu wife ko. Sama-sama pahamlah. Kena bekerjasama baru berjaya! Chewah… Isteri susukan anak suami masak. Isteri post panjang-panjang kat blog suami layankan la anak hahaha

Okeylah… Sekian dari saya yang nak bercuti lagik hahaha

>

This Post Has 6 Comments

  1. Saya suka baca kisah kembara keluarga Mira dan zyzool… Byk sgt good info sharing ..yg bole saya gunakan Nanti…😘😘😘

  2. Thank you sudi baca ❤️ Semoga membantu 😊

  3. Boleh saya dptkn itinerary di jepun?

  4. wah besnye bace tentang travel mira ke jepon. belum berkesempatan lagi nak ke sane, tpi kawan ada ajak sebab mereka tinggal di jepun.

    Jemput datang ke blog lisa.

    1. Thank you lisa.. Ok nanti mira ke blog lisa ya

Leave a Reply

Close Menu