Tips Tempat Tinggal Murah di Seoul

Tips Tempahan

Ni namanya redah tapi murah… Mula-mula lepas dah confirm tiket kapal terbang, cuba tengok-tengok blog review tentang tempat menarik untuk bermalam. Bila tengok terus kat laman web hotel @ guest house memang macam luar dari bajet. Kami memang cadang cari tempat yang boleh masak sekurang-kurangnya boleh jimat kat bahagian makanan. Memang dalam beg yang check in dah masukkan siap-siap periuk danĀ stove kecil yang biasa bawa untuk naik gunung. Review punya review, tengok punya tengok Namsan merupakan tempat menarik untuk bermalam kat Myeong-dong memandangkan dekat dengan tempat shopping popular, Namsan Seoul Tower pun hanya jalan 10 minit, Namdaemun Market hanya berhenti 1 stesen je dari Myeong-dong. Tengok kat laman web Namsan Guest House harga bilik bermula 65000won @ RM214.50 /malam dengan tukaran semasa.

Loteng Guest House kami nampak Namsan Tower kat belakang tu

Maka cubalah kami apps yang gunanya untuk mencari hotel ni macam Booking.com, Trip Advisor dan Agoda. Terus guna Agoda je nampak ada diskaun dari 65000won kepada 45000won jika booking awal. Nampak dah jimat 20000won untuk 1 malam. 5 malam dah 100000won..

Kemudahan

Wowww!!!macam pak cik dalam 3 abdulSangat menarik harganya untuk tempat yang selesa siap dengan tempat masak,

Freezer disediakan skali kalau nak sejukkan barang2 yang sejuk cuma pastikan takde yang was-was dulu ye..
Tu dia cooking set kami sedang masak nasi dan lauk pak Brahim
Agak2 bosan bolehla main gitar ke, angkat berat ke, gosok tudung ke??..
Agak luas la dapur dia kalau nak buat main ping pong
Sementara tunggu nasi masak bolehla update blog ke tengok fb

mini gym, komputer, mesin basuh, kedai 24 jam macam 7 eleven dan GS25 pun dekat. Terus je confirm booking dan bermalam la kami kat Namsan Guest House 3 untuk 5 malam.

Kedai GS25 hampir sama dengan konsep 7-11

#kekoreakekitaayra
#mirajijulayracutilagi
#NiNamanya
#tipskoreamirajijul

Leave a Reply