8 Tips Percutian ke Hong Kong 7 hari 6 malam

Kami berdua bersama Ayra redah je ke Hong Kong kali ni hihihi..

Alhamdulillah kami berjaya survive di bandaraya HONG KONG selama 7 hari 6 malam…

so nih kita senaraikan anggaran BUDGET kami seorang (PER PERSON) :

Flight Ticket : AA KLIA2 ke HK (tiket Ayra pon sama sebab dah lebih 2 tahun.. huhu) RM276.40
Penginapan : 7 hari 6 malam RM511.50
Pengangkutan : MRT, Bus, Ding Ding Tram, Star Ferry, Airport Express RM157.30
Disneyland HK : RM271
The Peak : 3 in 1 Combo (The Peak, Madame Tussaud & Sky Terrace) RM140.80
Crystal Cabin (Ngong Ping): RM128.25
Ocean Park : RM164.60
Makanan : RM31.90
(Dari Malaysia)

(meliputi semua POI di Hong Kong tapi TAK TERMASUK souvenirs, nafsu makan & nafsu shopping la ye hehe)

Semua tiket Ayra free sebab bawah 3 tahun hihihi kecuali tiket kapal terbang (next year budget akan bertambah bertabahlah hahaha)

Lately nih viral pasal bagusnya bawak anak travel kan?? maybe tips nih ada yang dah tahu tapi meh sini kita share jugalah serba sikit pengalaman kita bawa anak travel ala backpackers tips-tips berkaitan sepanjang kami berada di Hong Kong.. hihi

TIPS PERCUTIAN KE HONG KONG

1. VISA : Tak perlu mohon visa untuk ke HK tapi dalam kapal terbang pramugari/ra akan edarkan kad arrival pada setiap pelancong. Kad tu ada 3 helai iaitu arrival carddeparture card dan specimen/manual copy. Pegawai imigresen akan ambil arrival card dan tinggalkan departure card dan specimen disertakan dengan 1 resit kebenaran (kiranya inilah visanya) utk berada di Hong Kong ni selama 3 bulan. Simpan leklok taw dalam passport

2. INTERNET : Mesti nak post-postkan dan whatsapp orang tersayang kan sewaktu di sana kan?? hehe ok untuk internet boleh beli simkad dari Kedai 1010… Keluar je dari Arrival Hall terus belok kanan nanti korang akan nampak kedai 1010 di sebelah kanan anda.. Harga sim kad yang dicadang oleh kedai tu 118HKD untuk 5GB data selama 8 hari. Boleh guna 48HKD untuk panggilan tempatan dan antarabangsa. Semua pengaktifan akan dibuat dalam kurang dari 5 minit. Make sure telefon anda dalam “flight mode” so bill atau prepaid anda tak cekik darah nak membayoo nanti huhuhu….

3. ATM Card : Tetibe jejak je HK rasa sindrom nak shopping membuak-buak pulak kan.. duit tukar ciput je la pulaksss.. Don’t worry MESIN ATM kan ada?? hahaha Kalau nak keluar duit dengan segera.. keluar dari Arrival Hall belok kiri… HSBC Bank ada di sebelah kiri anda… Rate kami keluarkan duit ketika itu setelah disemak online ialah 1000HKD = RM523 dengan gunakan kad debit Maybank yang diaktifkan untuk penggunaan antarabangsa. Jangan lupa AKTIFKAN debit card anda international di MALAYSIA supaya boleh digunakan di mana-mana Mesin ATM di HONG KONG..

4. TIKET TAMAN TEMA : Kalau nak beli tiket Disneyland, Ocean Park, The Peak dan Ngong Ping 360 yang MURAH boleh beli di CHINA TRAVEL SERVICES (CTS) betul-betul berhadapan Arrival Hall.. Tempat ni hanya terima urusniaga secara TUNAI sahaja. Kalau nak guna kad boleh beli online atau walk in ya hihi (Updated: Jangan lupa install OCEAN PARK APPS dan dapatkan diskaun 15% untuk tiket ke Ocean Park.. Kami tunjukkan apps tersebut ketika membuat pembelian tiket di kaunter Ocean Park HK. Tapi tak silap offer tu sampai hujung bulan ni je)

5. OCTOPUS CARD : Ni macam Touch & Go la kiranya… Kalau nak beli Octopus Card, berhadapan Arrival Hall ada laluan ke Airport Express. Lalu lorong tersebut dan cari kaunter Airport Express dan Octopus Card boleh beli di situ untuk digunakan semasa naik train, tram, bas, ferry dll. Harga Octopus Card 150HKD untuk dewasa dalam kad ada 100HKD dan 50HKD sebagai deposit. Untuk kanak-kanak antara 3-11 tahun kad berharga 70HKD. Jangan lupa pulangkan Octopus Card di tempat itu semula sebelum balik ke Malaysia dan korang akan dapat balik deposit 50HKD & nilai baki semasa dalam kad tersebut tolak 9HKD sewa.. hehe pahe ke tidok?? paham-paham kan je lah ye.. hihi

6. PENGANGKUTAN : MTR, bas, Star Ferry, Ding Ding Tram & Airport Express antara pengangkutan yang kami naik di HK… Dari Airport HK nak ke tempat tinggal kami boleh naik samada bas atau Airport Express… Nak naik bas, turun tangga depan kaunter Airport Express dan terus ke kiri menuruni lorong untuk ke Bus Terminus. Kami nak ke Chungking Mansions di Tsim Sha Tsui jadi pergi ke bas stand A21 dan tapkan Octopus Card berdekatan driver bas dan dikenakan 33HKD sorang berbanding Airport Express 100HKD.. Tapi balik kami naik juga Airport Express… saja nak rasa pengalaman lain pula kan? hehe tapi alhamdulillah dapat discount dengan penggunaan Octopus Card hanya 88HKD sahaja..

7. PETA BERGERAK : Mana tau kalau sesat ke hapa kat sana kan.. hihi jangan lupa untuk download sesiap di Malaysia TRIPOSO atau MAPS.ME apps atau mana-mana map apps yang boleh digunakan ketika offline… Inshaa Allah akan sentiasa di jalan yang benar… hihi

8. BOTOL AIR : Jangan lupa bawak botol air eh.. Kalau dah lupa sangat pon beli la air mineral kat sana pastu bawalah dalam backpack anda… hihihi seperti biasa toilet di HK juga tiada paip.. so guna botol air untuk membasuh apa-apa yang patut.. heh!

TIPS PERCUTIAN KE HONG KONG BERSAMA ANAK KECIL

1. Keperluan bayi anda jangan di lupa.. hehe lampin pakai buang, tisu basah, baju seluar, baju sejuk, stokin dll (*long john jangan lupeee kalau gi tempat yang sejuk amat)

2. Make sure naik kapal terbang lampin semua dah wangi & baby selesa..

3. Time kapal terbang nak depart tu bagilah baby atau anak korang MENYUSU.. sebab apa??? Sambil baby menyusu nanti dia akan telan air liur dan tak rasa telinga berdengung.. pernah tak korang naik kapal terbang tibe2 ada baby nangis tak semena2??? sebab xselesa telinga kebiasaanya.. so sebelum dia rasa tak selesa kita siap-siap dah suakan susu ok? Dulu first time Ayra naik kapal terbang 5 bulan memang berkesan… Time 1 tahun 1/2 pon berkesan… dah 2 tahun 1/2 nih relaks dah naik kapal terbang selamba je hihihi… Oh ya boleh bagi botol susu anak anda kepada pramugari/ra untuk minta air panas ya

4. Stroller kena declare time check in.. Free je tapi akan dapat tag sama seperti beg yang korang check in.. Dari Malaysia kalau naik AA stroller haruslah dalam keadaan lipat dan letakkan di luar pintu masuk kapal terbang… Bila sampai stroller akan di letakkan samada di luar pintu kapal terbang seperti anda tinggalkan atau di baggage claim.. boleh tanya pada pramugari/ra waktu landed..

5. Nak bawa BABY CARRIER je ke or STROLLER??? Nih terpulang la pada mak-mak & pak-pak sekalian… time Ayra 5 bulan & 1 tahun 1/2 memang mak pak Ayra selesa bawa baby carrier je bila bercuti nih…. di samping baby body to body dan hangat boleh juga membantu membuangkan lemak-lemak di badan kira exercise tanpa sengaja.. hihihi.. Tapi this time kami decide bawak stroller baby carrier… Alhamdulillah nampaknya anak lebih selesa dengan stroller.. baring macam tidur di rumah… hehe dan… kat Disneyland & Ocean Park memang friendly stroller.. setiap permainan disediakan tempat untuk PARKING STROLLER… time nak masuk ke Disneyland korang akan diberi TAG khas untuk di gantung di stroller memasing! Di setiap stesen MTR juga disediakan lift.. So don’t worry!!

6. Tapi kalau korang pergi THE PEAK & NGONG PING 360 disarankan cukuplah bawa BABY CARRIER sahaja!! Sebab korang akan naik turun tangga untuk menuju ke The Peak.. Pastu naik tram The Peak yang memang agak payah lah dengan ramai orang dan nak pegang anak & stroller memang kena lipat.. di Ngong Ping pon sama juga.. Stroller haruslah dilipat apabila nak masuk ke Cabin Cable Car.. so bawak baby carrier letak di dalam backpack lebih mudah & pantas.. guna apabila perlu heh!

7. Kebiasaanya apabila travel baby akan cepat penat.. kita yang besooo nih pon akan rasa lenguh & penat lagilah anak kita.. so make sure kalau nak pergi ke Taman Tema pastikan anak anda tido awal (biasanya kalau time bercuti anak excited susah nak tidur awal) hihihi atau sebelum kita sampai ke destinasi bagilah anak kita rehat secukupnya supaya dia ceria dan happy nak main di Taman Tema tersebut. Dalam kes kali nih sesampai nya kami di HK esoknya ke Disneyland.. Ayra memang kami bagi tido & rehat secukupnya… Bangun-bangun dia terkesima nape boleh tetibe Mickey & Minnie Mouse ada depan mata dia.. hehe happy tapi terkejut kot… (p/s: Ayah dia pon sama.. hihi)

8. Jangan lupa ambil MAPS di kaunter sebelum memasuki Disneyland dan Ocean Park.. So korang boleh decide nak pergi mana dulu.. kalau macam kami yang bawa anak 2 tahun 1/2 kami dah siap2 tanda dan pangkah mana yang Ayra boleh main mana yang tak boleh… mana perlu pergi dahulu mana yang kemudian… Memang 1 hari tak cukup dengan melayan kerenah anak lagi tapi alhamdulillah memang seronok dan kami berjaya susun aktiviti & masa kami supaya tiket masuk ke Taman Tema ini setimpal dengan tiket kami bayar… hehehe..

9. Di Disneyland HK… Make sure korang alert pukul berapa PARADE start… ada 2 kali taw… pukul 3 petang & 7:30 malam… yang waktu malam siap ada lampu-lampu bagai… so make sure pilih tempat siap-siap sebelum berlangsungnya parade tu… Anak pon happy tengok karakter mereka yang selalu nampak kat TV now in real life.. hihihi… happy-happy terkejut.. Malam jam 8:30 malam akan ada percikkan bunga api di Sleeping Beauty Castle.. so kalau pergi Disneyland tu nikmatilah seharian di situ.. confirm still tak puas lagih hehe… macam cepat je masa berlalu..

10. Korang taw tak ada TOYS STREET kat sana.. ada dalam beberapa buah kedai di Tai Yuen Street memang jual original toys sama seperti yang di jual di kedai jual mainan yang glamer tuu.. tapi separuh harga je!!! Nangis kita tengok… Patung mainan Ayra yang sama di beli di Kedai Mainan Ternama di Malaysia RM99 tapi boleh dapat 98HKD di sana iaitu bersamaan RM49.30.. jadi apa lagi maknya pon beli mainan Leap Frog yang memang benar bila dah sampai di Malaysia dan bandingkan harga memang jauh murah alhamdulillah hihihi… boleh lah belikan anak satu permainan supaya bile korang nak cari barang dia ralit ngan permainan mereka.. kih kih kih

11. Jangan lupa bawa BAJU SEJUK untuk anak bila naik ke The Peak, Ngong Ping & Ocean Park ya! hahaha kalau kulit macam mak pak Ayra yang memang suke sejuk2 kental nih tak perlu lah bawak baju sejuk tuh.. hahaha…

12. Oh ya pilih la hari WEEKDAY untuk ke Taman Tema dalam itinerary korang nanti ya! Beratur tak panjang pon.. hihi jimat masa & boleh main macam-macam permainan.. So Yeahhhh!

13. Siap-siap la bawak KUDAPAN seperti coklat atau biskut untuk anak anda sebab kalau cuaca sejuk memang cepat lapar…

14. BABY ROOM ada je kat mana-mana.. So don’t worry ye mak-mak sekalian..

MAKANAN HALAL DI HONG KONG

 1. MASAK SENDIRI hahaha ikut budget korang.. nak bawa makanan dari sini pack siap2 pon boleh.. suami kita siap bawak 4 pek Brahim’s, maggi, mee sedap, bubur segera, kaya & roti yang sedap dimakan begitu sahaja.. heh! Tak lupa tools memasak.. Cooking set & Stove Wild L7 yang biasa suami bawak gi hiking.. hihihi.. Butane Gas boleh dibeli disana dengan harga 8 HKD lebih kurang RM4 la.. Butane Gas tu suami beli dekat dengan Hotel Yesinn, Yau Ma Tei.. kalau nak lebih specific atau nak share location boleh contact Zyzool.

2. Tapi dah sampai negara orang kan jom la kita try sikit makanan halal kat sana kan? hihi actually memang senang je nak cari makanan halal kat sana.. Hari pertama & kedua kami tinggal di CHUNGKING MANSIONS.. berlambak makanan halal.. haaaa kat Chungking Mansions nih hati kena kental kena kuat.. memang ramai akan berpusu-pusu paksa korang pergi makan kat restoran mereka… Tetapkan hati lemparkan senyuman & cakap its ok.. So korang boleh tengok-tengok dulu nak makan kat restoran mana…. Kami makan di Restoran Syed Bukhara.. Agak-agak rindu Nasi Lemak ke bolehlah makan di situ dengan harga 30HKD… Ayra kami orderkan roti canai 2 keping 20HKD.. laju je abis taw hihihi… Suami order Nasi Beriyani Ayam…. Macam-macam pilihan makanan halal di Chungking Mansion ikut la budget korang ada yang ok harganya ada jugak yang mahal tak ingat.. hehe… selera kita duit kita.. pilihan di tangan anda..hihi

3. DISNEYLAND HK juga ada makanan halal.. ada 2 tempat iaitu di Tahitian Terrace di Adventure Land dan Explorer’s Club di Mystic Point.. sediakan duit je la.. hihi.. Ketika nak masuk ke Disneyland akan ada laluan spot check bekal makanan di bag & stroller anda.. Makanan luar memang tidak dibenarkan di bawa masuk.. Tetapi kebiasaanya mereka lebih bertimbang rasa kepada pelancong.. ikut rezeki juga.. tapi apa kata korang beratur di laluan staf perempuan yang akan check.. hihihi katakan pada mereka makanan untuk anak anda atau sedekahkan senyuman paling manis pada mereka… Inshaa Allah hati mereka akan lembut & kami berjaya membawa bekal roti sedap di makan begitu sahaja bersama kaya yg menjilat jari untuk dijadikan kudapan di Disneyland HK

4. OCEAN PARK baru je kenalkan satu kiosk makanan halal iaitu Lakeside Snacks. Terletak di bahagian kiri selepas masuk ke Ocean Park.. Antara menu yang disediakan Nasi Ayam, Satay & Ayam Tandoori.. Boleh tahan juga rasanya.. hihi

5. Di NGONG PING juga terdapat makanan halal iaitu Ebeeneezer’s Kebab & Pizzaria.. Macam-macam pilihan makanan ada.. Kebab, pizza, Nasi Beriyani, Fish & Chip… Suami pilih Nasi Beriyani Ayam.. Saya pula order Fish & Chip.. Yummeh.. Alhamdulillah..

6. Jangan lupa singgah ke Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick terletak di Wan Chai.. kami singgah di sini untuk solat dan menikmati dim sum halal di ISLAMIC CANTEEN yang terletak di tingkat 5 dalam masjid ini, sebelum menuju ke The Peak sebab sejalan.. Macam-macam pilihan dim sum ada di sini.. Anggaran 20HKD 1 bucket.. Pergi ke bahagian dim sum dan pilih je nak yang mana.. nanti mereka catatkan di bill anda.. oh ya kalau tak nak makan dim sum, nasi goreng pon ada.. cuma dim sum hanya disediakan dari jam 10 pagi hingga 3 petang sahaja! Jangan lupa ambil pencicah lebih lazat rasanya.. hihi

7. Berdekatan tempat kami tinggal hari ke 3 hingga ke 7 iaitu YAU MA TEI juga terdapat makanan halal iaitu Delicious Kebabs & Pizzeria.. Chicken kebab dia sedap huhu.. kami beli satu je sebab dah besar pon dan dia akan potong dua.. hihi dengan harga 55HKD.. hohoho

8. Kalau dah penat berjalan & shopping di MONGKOK.. boleh lah ke Islam Food dan nikmatilah Veal Goulash (macam burger daging)..

9. Sebelum berangkat ke Malaysia terdapat juga makanan halal di AIRPORT HK iaitu Popeyes Chicken & Biscuit di bahagian restricted area..

MISI MENCARI SOUVENIRS DI HONG KONG

1. LADIES MARKET : Macam-macam ada keychain, fridge magnet, pendrivepowerbank, beg, dompet dll… Rambang mata!! hahaha tips bile ke sini memang kena tawar kaw2.. kalau dia letak 200HKD korang cakap takpelah.. nanti mereka akan tanya nak berapa.. so try la letak separuh harga berkenaan.. hehe

2. TEMPLE STREET MARKET : Sama macam Ladies Market tapi penjual dia lebih berumur berbanding penjual di Ladies Market

3. JADE MARKET : Mereka yang sukakan jade boleh lah ke sini.. Macam-macam jenis ada gelang, rantai, cincin yang diperbuat dari jade

4. ARGYLE CENTRE : Macam-macam jenis fashion baju wanita ada di jual disini.. Kat sini pon boleh tawar-tawar juga.. kalau rasa tak berbaloi berlalu lah pergi.. pasti mereka akan menarik anda semula… hehe

5. SNEAKERS STREET : Terletak di Fa Yuen Street.. Macam-macam kasut ada di jual disini.. kalau peminat kasut tuh memang boleh rambang mata.. yang limited edition sume boleh carik kat sini

6. APLIU STREET : Terletak di Sham Sui Po.. Kat sini memang berlambak barang elektronik termasuk la Action Camera, SJCam, Go Pro, DSLR camera, wayar segala wayar.. monopod, tripod, usb cable, remote huhuhu.. memacam lah

7. TOYS STREET : Terletak di Tai Yuen Street.. Pelbagai jenis mainan terdapat di sini… Figurinelegodisney toysmattel toy yang original dengan harga wholesale..

8. STANLEY MARKET : agak jauh sedikit.. berdekatan pantai.. kena naik bas untuk ke sini.. juga terdapat pelbagai souvenirs dijual di sini

9. DISNEY STORE : Ada banyak Disney Store di Disneyland HK.. kalau agak-agak ada yang terngiang-ngiang di minda tapi tak terbeli di Disneyland boleh ke Disney Store di Airport HK.. ada 2 kedai di non-restricted area.. dan yang paling besar di kawasan dalam restricted area..

10. PEAK MARKET : Terletak di The Peak betul-betul keluar dari Peak Tram setibanya di The Peak… Keychain, fridge magnet & poskad murah kat sini dan tak boleh tawar tapi tetap murah

SOLAT DI HONG KONG

 1. Hong Kong Disneyland : Untuk solat boleh pergi ke City Hall dan tanya di kaunter. Mereka akan sediakan bilik khas utk solat. Wudu’ di tandas sebelah kanan City Hall.

2. Ocean Park : Sambil-sambil tukar lampin baby atau anak boleh lah gunakan ruang baby room untuk solat.. memang besar & selesa.

3. Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui

4. Masjid Ammar & Osman Ramju Saddick di Wan Chai

5. Airport HK juga ada menyediakan Prayer Room di non-restricted area & restricted area

6. Di bilik memasing! heh

TEMPAT TINGGAL DI HONG KONG

1. Chungking Mansions di Tsim Sha Tsui ada beratus guest house.. hihi tinggal google je nak stay mana.. kami stay di Joyous Guest House RM165.48 sehari

2. Hotel Yesinn di Yau Ma Tei RM173 sehari

3. Dua-dua tempat nih kami booked di Agoda.com heh!

Hope serba sikit membantu korang semua!

Untuk full itinerary boleh comment kat bawah ya 🙂

Okeylah gerak lu pape roger.. hihihi

Pin Me :

Untuk Perjalanan kami dengan terperinci boleh semak di pautan di bawah:

This Post Has 2 Comments

  1. assalam pls send me itinery to HK..nmpak cam sempoi..tq

  2. salam … please send me itinery to HK 🙂

Leave a Reply

Close Menu