Membawa diri ke Adelaide, Australia

Godek-godek gambar jumpe gambar lama masa bercuti ke Adelaide Australia

adelaide
Transit kat Melbourne. Hahaha sorang-sorang je time nih

Masa ni ada masalah cinta. So terus bawa diri ke Adelaide nak jumpa cousin yang study kat sana. Haha kelakar la time tu…

Nak gi uni cousin mesti lalu Rundle Mall ni. Pergh hari-hari gi belajar lalu depan shopping mall tergugat je nak shopping hari-hari hihihi

Sebulan jugak mira memerap diri kat Adelaide time tu. Kalau ingat balik cam kelakar pon je gak..

Kerana cinta???? Ceh tah pape kan?? Alhamdulillah Allah Maha Penyayang dah memang tertulis jodoh dengan Zyzool. Doakan semoga berkekalan hingga ke jannah ye! hihihi okey okey bukan nak cerita pasal cinta.

Ni nak share dengan korang gambar masa mira kat Adelaide. Time tu tak ambil banyak sangat gambar huhuhu. Yelah hati tengah merundum kesedihan kan. huaaaa kita layan perasaaan je lah hohohoho.

Masa mira pergi Adelaide ni tahun 2010. Semua mira buat sendiri. Beli tiket Air Asia. Pastu mohon visa. Duit tiket & duit poket ayah belanja hohohoho. Thank you Ayah!!!! Love u so much!! Now kalau bercuti cik suami plak belanja! Love u yayang so much!! Hehehe

Ok sambung!

Antara tempat yang mira terokai di Adelaide, Australia

  • Rundle Mall
  • Adelaide Zoo
  • Adelaide Central Market
  • Glenelg Beach
  • River Torrens
  • Harbour Town
  • Port Adelaide
  • Torrens Island Market

Paling tak boleh lupa white chocolate strawberry sedap sangat. Mira beli kat Haigh’s Chocolate di Rundle Mall. Sedap sangat sampai bawak balik as souvenirs untuk diri sendiri hehee. Pastu kalau nak beli souvenirs murah better beli kat Central Market. Murah sangat berbanding tempat lain.

Doakan this year ada rezeki Zyzool Mira Travel bercuti lagi ke Australia ya 🙂

Transit Melbourne sebelum balik Malaysia. Semoga bertemu kembali!!

Leave a Reply