Hari ke-5 di Hong Kong

[HK: Hari 5, 10 April 2016] Toys Street, Electronics Street, Garden of Stars, Sneakers Street

Sarapan Pagi

Perjalanan kami kali ni lebih berkisar kepada mencari market-market yang boleh cuci mata dan cuci duit macam kat Toys street, Electronics Street, Garden of Stars dan Sneaker Street.

Berjalan naik turun tangga, keluar masuk train untuk menuju ke jalan yang benaaarr. Sebelum ke train station, kami sempat singgah di salah sebuah restoran halal di sebelah kiri jika keluar dari Yau Ma Tei Station Exit C. Kami pesan Chicken Kebab dengan harga tertera 55HKD bersaiz 12 inci hampir sama dengan yang dijual di SW. Sesuai dengan selera kami orang JDT yang sukakan makanan ada sedikit perasa walaupun pedasnya hanyalah kat sos cili. Untuk Ayra, kami belikan Vegeterian Samosa dengan harga tertera 8HKD. Saiz agak besar cuma kecik sikit dari yang dijual di SR. Agak puas makan dan berbaloi.

Kedai makanan halal berhampiran hotel kami
Vegetarian Samosa
Roti Paratha 16HKD/pcs ~RM8

Toys Street

Kami bermula dengan berjalan2 di Toys Street/Tai Yuen Street Market berhampiran WAN CHAI Station.

Wan Chai Station untuk menuju ke Toys Street

Kalau dari Yau Ma Tei, kami menuju ke arah CENTRAL dan tukar train di ADMIRALTY. Dari Admiralty ambil train line biru menuju ke Chai Wan dan Wan Chai Station hanya 1 station je dari Admiralty Station. Apabila di Wan Chai Station, kami ambil EXIT A3 menuju ke Johnston Road/Queen’s Road East. Keluar2 je Exit A3 lebih baik terus melintas di lampu trafik dan ambil ke kanan. Jalan lebih kurang 30 m, Toy Street/TAI YUAN Street Market di sebelah kiri jalan. Ada lebih kurang 10 kedai di kiri dan kanan jalan yang menjual pelbagai jenis mainan dengan harga borong. Harga dia memang tak jauh beza antara satu2 kedai. Jadi kalau dah jumpa kedai yang paling murah tu nak minta kurang 1HKD pun mereka tak bagi. Kepada penggemar figurine2 popular, drone, dan mainan2 yang boleh mengimbau kenangan dulu2, kebanyakannya boleh di jumpai di tempat ni. Kereta Tamiya Dash pun masih ada kat sini. Kalau yang tak sempat membeli belah barangan cenderamata di PEAK MARKET, di sini juga ada cawangan Elegent Tang Dynasty dengan harga yang hampir sama dengan harga di Peak Market.

Papan tanda menunjukkan jalan ke Toys Street (Tai Yuan Street Market) di sebelah kanan
Perjalanan ke Toys Street selepas keluar dari Stesen Wan Chai
Tiba di Tai Yuan Street Market
Ayra si peminat haiwan sampai-sampai je terus tengok kura-kura di gerai pertama
Ayra dapat mainan dah
Antara kedai permainan yang ada
Rambang mata Ayra bila tengok mainan penuh kat tempat ni
Kedai yang sama dengan di PEAK MARKET dengan harga yang sama

Electronics Street

Seterusnya, kami menuju ke SHAM SHUI PO Station yang berada di line merah menuju ke arah TSUEN Wan. Jika nak cari PAKAIAN ambil EXIT B dan jika nak cari peralatan ELEKTRONIK ambil EXIT C. Kedai2 peralatan elektonik berada di APLIU STREET dan boleh juga melalui EXIT A2 untuk ke jalan ni. Ada kedai2 dan gerai2 elektronik sepanjang jalan ni. Harga di gerai lagi rendah berbanding di kedai dan mudah ditawar serta mereka berurusniaga secara TUNAI SAHAJA. Drone, telefon pintar, monopod, tripod, kamera banyak di jual di tepi2 jalan. Memang rambang mata la kalau yang minat gajet ni. Rasa mcm nak beli je banyak2 buat stok2 hadiah tapi tula berat beg tak mengizinkan, Poket juga🙈😜. Yela kebanyakannya boleh didapati dengan separuh harga pada harga yang terpapar sebelum tawar berbanding harga di negara tercinta. Sabar jijul sabar.. Napsu… Duniya semua ni, duniyaa ..

Kami tiba di Apliu Street (Electronics Street)
Salah satu kedai di Apliu Street
Antara gerai barang elektronik di sepanjang Apliu Street
Gerai aksesori di sepanjang Apliu Street

Argyle Centre

Kami berjalan terus ke Argyle Centre di Argyle Street dengan melalui EXIT D di MONG KOK Station. Tempat ni merupakan salah satu tempat yang di sarankan dalam video Jom Hong Kong yang di hos kan oleh Hunny Madu dan Anis Nabila. Tempat ni boleh tawar menawar menggunakan teknik peringkat Maharaja Dinasti Tang seperti yang ditunjukkan dalam post2 sebelum ni.

Depan pintu masuk Argyle Centre
Kedai Jam dalam Argyle Centre
Kedai-kedai aksesori wanita
Kedai-kedai cenderamata
Kedai barang kanak-kanak

Garden of Stars

Kami terus berlari berkejaran, lupakan segala duka, di kota di desa, di gunung dan laut.. Lagu tu.. untuk menuju ke Avenue of Stars. Tapi sayangggg …dia renovate plak tempat ni sampai 2017/2018. Tempat ni digantikan dengan Garden of Stars bersebelahan kiri dengan Star Ferry Pier untuk menyaksikan Symphony of Light tepat 8.00 pm. Angin yang bertiup membawa hawa sejuk dari gunung2 dan bukit2 di Hong Kong Island membuatkan perut meminta untuk di isi.

Pemandangan di Garden of Stars
Ambil gambar jap kat Garden of Stars sambil tunggu persembahan laser (Symphony of Light)

Makan Malam

Kami menuju ke Chungking Mansion dengan keluar di EXIT D atau E di Tsim Sha Tsui Station. Kami makan di Syed Bukhara untuk makan makanan Malaysia. Masuk2 je Chungking Mansion jalan terus menuju ke tangga tengah hingga sampai di simpang 4 ada Western Union di sebelah kiri. Ambil ke arah kanan hingga hujung jalan terus ke kiri. Restoran ni ada di sebelah kanan jalan dengan kebanyakan warna di restoran ni berwarna kuning. Kira makanan di tempat ni betul2 mengikut selera kami2 ni. Chicken Briyani, Nasi Lemak, Roti Canai, Air oren dan milo ada di sini. Harga pun antara tempat yang murah dan puas makan.

Bergambar jap depan Restoran Syed Bukhara di Chungking Mansion
Makanan dah sampai… Cepat2 ambil gambar, baca doa dan makan…
Nasi Baryani Ayam
Nasi Lemak Hong Kong

Sneakers Street

Setelah perut berhenti bermain keroncong JDT, kami terus menuju ke Sneaker Street bagi menghilangkan lemak-lemak tepu yang masuk ke dalam perut tadi.. Sedapkan hati.. Sneaker Street ni berada di FAI YUEN STREET bersebelahan Ladies Market di Mong Kok Station. Pelbagai jenis kasut berjenama terkenal dan tempatan ada di tempat ni.

Warna-warni kedai kasut ni
Antara kedai kasut di kawasan Sneakers Street
Kedai kasut jenama popular pun ada.. banyak yang special edition dengan harga yang special

Kesimpulan

Kami berjalan sejauh 18,607 langkah dengan anggaran jarak 10.26 km pada hari tersebut.

Cuaca mendung di banyak tempat dan hujan sekejap-sekejap di sesetengah kawasan dengan suhu antara 18-24 darjah Celsius.. Dah macam pembaca berita cuaca plak.. Pastu bolehla tanya orang sebelah tu, APA BEZA CUACA SEKITAR NI DENGAN AWAK?.. Cuaca sekitar ni sentiasa berubah-ubah tapi cinta dan kasih sayang saya pada awak tetap tidak berubah.. Chiaaa chiaaa chiaa.

Hari berikutnya, kami ke Ocean Park, Market2 sekitar dan kawasan2 lain yang tak memerlukan bayar tiket masuk juga..

Jumpa lagi di post-post berikutnya, In shaa Allah. Ok gerak lu, pape roger. Nak tanya pape pm tepi pun boleh ye.

#tipsmirajijulayrakehongkong
#kehongkongkekitaayra
#mirajijulayracutilagik
#ayraazizul
#harikelima
#toysstreet
#electronicsstreet
#argylecentre
#gardenofstars
#syedbukhararestoran
#sneakerstreet

[Hari 1: Hong Kong] – Hong Kong International Airport, Chung King Mansion

[Hari 2: Hong Kong] – Disneyland

[Hari 3: Hong Kong] – Yau Ma Tei, Star Ferry Pier, Masjid Ammar, The Peak, Madame Tussaud

[Hari 4: Hong Kong] – Ngong Ping 360, Citygate Outlet, Temple Street Market, Ladies Market

 

SaveSave

Leave a Reply

Close Menu