Hari ke-3 di Hong Kong

[HK: Hari 3, 8 April 2016] Yau Ma Tei, Star Ferry Pier, Masjid Ammar, The Peak, Madame Tussaud

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar… Seronok, puas, berbaloi.. Selesai research kami untuk hari ke-3 berjalan, melihat dan mentafsir sekitar Hong Kong ni😁😜❤..

Tukar Hotel

Hari ni 8 April 2016, kami berpindah dari Chungking Mansion di Tsim Sha Tsui (TST) ke Yesinn (kini dikenali sebagai Hi Inn @ Nathan Road) di Yau Ma Tei yang kami tempah di Agoda. Tempat ini hanya 2 station je dari TST ke arah Utara (Tsuen Wan Line) dengan kos 4.40HKD/orang menaiki train. Tempat yang kami tinggal ni kalau ada yg nak acah2 gaya hipster tu tempat ni sangat menarik. Masuk2 kat kaunter je dah rasa tahap ke ‘hipster’ annye tu😜😜. Mau tak nye, abis kat dinding2 dia conteng pakai kapur maklumat2 terkini dan sekitar Hong Kong macam Point of Interest (POI), suhu terkini dll.. Kira mcm kena gak la dengan jiwa kami yang masih muda remaja purba ni😅😅😜😁🙈.. Mula check in pada pukul 2.00 pm dan paling awal 1.30 pm jadi kami tinggalkan barang2 kami di situ dan kami maklumkan mereka mungkin kami akan check in lewat. Mereka maklumkan kaunter tersebut buka 24 jam dan boleh check in bila2 je..😅😅.. Selesai satu hal..

Kaunter depan Yesinn Hotel di Yau Ma Tei

 

Ruang lobi hotel

 

Wifi percuma untuk semua pengunjung

 

 

Hotel ni berhampiran pasar malam kawasan Yau Ma Tei 

 

Boleh tempah terus melalui Search Box di bawah ini:

Star Ferry Pier

Kami teruskan perjalanan menuju ke Star Ferry Pier untuk ke Masjid Ammar di Wan Chai menaiki MTR ke Tsim Sha Shui exit L6. Keluar2 boleh trus nampak papan tanda ke Star Ferry Pier di sebelah kanan. Ikut lorong tu terus nampak dah kawasan menunggu feri dalam anggaran 300-400m. Dalam pertengahan jarak ni ada 7 Eleven, jadi bolehla beli air ke untuk berehat sebentar bersama coklat dan air isotonik😜😜😋🍫.. Untuk tak nak rasa penat sangat kan.. Maklumla asid laktik dah banyak terkumpul kat betis hasil respirasi anaerobik💪🏻💪🏻..

Lorong menuju ke Star Ferry Pier

Sampai2 je di Star Ferry Pier tu masa menunggu feri sampai ada lagi 5 minit, jadi kami apa lagi, berjalan lenggang mak limah la sebab jarak dari tempat tap Octopus kad yang ditolak 2.50HKD sorang ke tempat menunggu feri tu hanyala sekitar 50-60m je.. Selpie lu, pape roger😁😁😜😊.. Tak sampai 10 snap kami berselpie, feri pun sampai. Pengumuman-pengumuman siapa yang naik feri, ferimu sudah sampai, silala naik sekarang kalau tak kena tinggal🎤🎧🎧.. Macam tula kot pengumuman dari corong2 speaker yang ada di sekitar Pier tu masa feri sampai.😁😜

Kami masuk dan duduk dekat dengan tingkap sebab nak tengok air ayra cakap😁😁😜.. Selpie skit, amik gambar mana yang patut, tau2 dah sampai dalam +-10-13 minit je..

Menuju Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Lif bila keluar dari Star Ferry Pier untuk ke Ground Floor

Bila keluar je feri terus ke kanan dan ada lif disediakan untuk orang2 yang memerlukan😅. Dengan berbekalkan bacaan blog2 tempatan, pengalaman rakan2 yang dah pergi ke Masjid Ammar dan offline map yang dibeli dari app store, kami bergerak mengikut lorong2 pejalan kaki yang agak mesra stroller sebab jejantas tu ada lorong pejalan kaki dan lif-lif berhampiran plaza-plaza membeli belah.. Hanya apabila dah nak sampai Masjid ni lepas melintasi Ding Ding Tram lane yang akan jumpa gelanggang bola keranjang di seberang jalan, barula ada 1 tangga dengan ketinggian +- 10m perlu didaki dan diangkat stroller tu.. Lepas abis je tangga tu akan nampak 7 Eleven, telusuri di lorong kanan tu hingga abis dalam lingkungan 50-60m dan tadaaa.. Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre di sebelah kiri lepas abis lorong kecil tu.😅 kiranya Masjid Ammar di macam di belakang 7 Eleven ni la..

Ding Ding Tram Lane

Tiba di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Sampai2 je kami di pintu Masjid, mula kedengaran azan berkumandang memanggil umat Islam di sekitar untuk menunaikan Solat Fardhu. Saya terus berjalan ke sebelah kanan untuk ke lif bagi yang bawa stroller, ruangan wudu’ di aras 1 dan Islamic Canteen di aras 5. Boleh juga ke sebelah kiri untuk naik tangga terus ke ruangan wudu’ di aras 1. Bila masuk je ke Prayer Main Hall, dapat dilihat ada kerusi dan meja disediakan di tepi2 dan belakang untuk yang memerlukan. Imam memulakan kata dengan tazkirah dalam bahasa tempatan dan diikuti dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Untuk khutbah pula imam baca dengan Bahasa Arab. 3 bahasa dengar dalam 1 masa😅😅.. Sampai rasa balik nanti nak belajar Bahasa Mandarin & Arab je..😁.

Depan Masjid Ammar
Ruang dalam Masjid Ammar
Kerusi dan meja untuk jemaah
Ruang Solat utama

Dim Sum Halal

Lepas solat terus ke Islamic Canteen. Dim sum halal telah dirasa dan dicuba.. Ada yang mengikut selera dan ada yg hanya rasa di hujung lidah tau2 dah dalam perut😁😁😅😜🙈.. Anak jawa nak makan dim sum? Takde hal, selagi halalan toyyiban😁.. Harga makanan di sini sedikit murah berbanding di Chungking Mansion dan lain2 tempat yang kami pergi sebelum ni dengan harga nasi goreng dll bermula dengan 30HKD.

Antara Dim Sm Halal yang sempat dinikmati di Islamic Centre

Ding Ding Tram

Kami teruskan perjalanan menuju The Peak dengan menaiki Ding Ding Tram dengan tunggu di Stesen 52W menuju ke 66W. Stesen 52W ni kita jumpa lepas kita menuruni tangga di gelanggang bola keranjang tadi di sebelah kiri jalan. Harga tambang 2.30HKD seorang untuk ke mana2 destinasi tram ni dan dibayar semasa nak turun tram. Kami gunakan Octopus Card seperti biasa😁..

Dalam Ding Ding Tram

Berjalan menuju ke The Peak Tram memerlukan kesabaran tahap boboiboy kuasa 5 sebab perlu berjalan menaiki bukit atau boleh tahan teksi dalam perjalanan 5-8 minit mengikut makluman dari blog2 tempatan. Cuma tak dapatla nak menikmati permandangan sekitar dengan bunga2 kekabu jatuh berguguran berwarna kemerah-merahan di sepanjang jalan menuju puncak tu😁.

The Peak, Sky Terrace 428 & Madame Tussauds

Sampai2 je The Peak Tram akan nampak kaunter tiket yang orang beratur panjang dan kalau nak kurang panjang boleh beli tiket secara online dan dapat potongan harga hingga 40%.. Harga untuk 2 orang bagi Combo 3 in 1 dari 640HKD boleh dapat 560HKD. Boleh redeem tiket di kaunter merah di sebelah kiri dengan tunjukkan booking no di emel dan kad debit/kredit yang digunakan masa buat penempahan. Terus kami dapat tiket return tram, Sky Terrace 428 dan Madame Tussauds. Perjalanan mengambil masa 8 minit untuk ke atas dan dicadang untuk ambil tempat duduk di sebelah kanan kalau nak tengok permandangan Bandaraya Hong Kong yang indah.. Kalau duduk di bahagian kiri, kita akan nampak pokok2 dan batu2 je atau nampakla muka suami, isteri atau pasangan yang indah tu je😜😜😍..Last tram untuk turun ke bawah pada pukul 12.00 pm. Sky Terrace 428 di buka mula pukul 10.00 am hingga 11.00 pm.. Madame Tussauds di buka dari 10.00 am hingga 10.00 malam.

Beratur untuk naik Peak Tram
The Peak 2016
Direktori pemandangan di Sky Terrace 428

Souvenir

Puas mengambil gambar di tempat2 tersebut kami menuju ke Peak Market di aras P1. Menurut blog2 tempatan tempat ni souvenir murah. Sedang kami memilih dan mengambil gambar di salah satu kedai di situ datang segerombolan kumpulan melalui kawasan tu. Salah sorang ahli bertanyakan pada seseorang yang kami rasa ketua atau penunjuk arah bagi kumpulan tu “Ada apa ke sini pak?”. Dijawabnya ” boleh beli cenderamata dan souvenir di sini, malah lebih murah dari tempat2 lain kok”. Wow!!, kami berpandangan dan terus makin semangat memilih apa yang ada kat depan mata.. Tak taula kalau tu salah satu strategi perniagaan kan😜😜😅😁.. Tapi memang murah bila kami bandingkan dengan harga di Temple Street menurut paparannya dan di The Peak Tram ni tak perlu tawar memang dah harga murah dan “wholesale” seperti yang tertulis.

Kedai Souvenir

Hotel di Yau Ma Tei

Balik2 kami naik MTR dari Admiralty Station ke Yau Ma Tei dengan kos 8HKD seorang. Sampai2 bilik je masuk tengok macam dalam Ikea showroom sangat menarik besar sikit dari bilik sebelum ni tapi lebih kecil dari bilik2 di Malaysia dengan harga sedemikian. Harga murah boleh dapat di Agoda dan mengapa bayar lebih kan ada T.

Hari seterusnya kami cadang nak ke Ngong Ping 360 Skytrail, City Gate Outlet, Avenue of Stars dan market2 sekitar.

Semalam kami berjalan lingkungan 17,161 langkah dengan jarak +-9.5 km. Masih belum capai target 20k ni.. Masih ada masa lagi nak capai😅😅💪🏻.. Chaiyok3 Mira Jijul Ayra..

p/s: Suhu dalam lingkungan 16-24 darjah terutama di The Peak. Cuaca cerah dan kadang2 berawan komulunimbus dan kumulus.😅😅😊😎..

#tipsmirajijulayrakehongkong
#kehongkongkekitaayra
#mirajijulayracutilagik
#ayraazizul
#hariketiga
#starferry
#masjidammar
#dingdingtram
#thepeak
#skyterrace428
#madametussauds

[Hari 1: Hong Kong] – Hong Kong International Airport, Chung King Mansion

[Hari 2: Hong Kong] – Disneyland

[Hari 4: Hong Kong] – Ngong Ping 360, Citygate Outlet, Temple Street Market, Ladies Market

[Hari 5: Hong Kong] – Toys Street, Electronics Street, Garden of Stars, Sneakers Street

 

SaveSave

Leave a Reply

Close Menu