[Japan] : Cenderamata dari Tokyo

Sebenarnya percutian bajet memang murah tapi beli barang cenderamata nih yang duit mencurah-curah keluar. ahahaha. Serious tak tipu!

Mira nih pantang nampak benda comel sikit mesti rasa nak beli. Hahaha adoiiii la

Lagi la nampak barang Hello Kitty ke, Disney Princess geram je rasa. Alasan belikan untuk anak. Wakakaka. Pastu pikir tah bile lagi nak datang sini. Pastu pikir kat Malaysia tak dapat nih. Pastu pikir kalau ada mesti mahal gile. Last-last banyak gile kau aku beli. Zyzool dah pandang semacam je wakakaka. Sorry yang! Sebaik u sayang i hahaha!

Nak tahu tak apa yang mira beli sepanjang mira di Tokyo Jepun bulan September lepas.

Hehehe so mira share okey. Bila tengok balik tah pape je aku beli waduh hahaha. Ok-ok mira share eh! Just for fun tau & ingatan dan diari kami.

Biskut Kapal

Coklat Kapal nih mesti beli. Sedaaappp! Ada banyak perisa tapi mira beli yang kotak biru ni perisa coklat. Actually banyak lagi perisa. Ada perisa dark choc, green tea pastu ada limited edition la korang google la sendiri hihi

Hello Kitty & Friends Merchandise

Hello Kitty Merchandise ni kami beli masa ke Sanrio Puroland. Macam-macam cenderamata ada. Berpinau mata nak pilih hihihi. Sediakan jelah duit cukup-cukup kalau korang peminat Hello Kitty

Doraemon Merchandise

Barang Doraemon ini pula kami beli sewaktu di Fujiko F Fujio Museum. Ini of course Ayra punya plush toy Doraemon & Take Copter Hairband.

Tokyo Disney

Ingat lagi tak mira pernah share Bag Shellie May yang mira beli di Hong Kong Disneyland? Baca sini ya! Jadi kali ni mira beli hair scarf Shellie May di Tokyo DisneySea. Merchandise Shellie May ini hanya terdapat di Tokyo DisneySea sahaja

Beli terus pakai kat Tokyo DisneySea. Ahaks!

One Piece Merchandise

Zyzool memang peminat manga One Piece. Jadi kami dapatkan juga souvenir One Piece di One Piece Tokyo Tower

Thermos

Thermos air Minnie Mouse ni kami beli di Bic Camera. Kami beli dalam RM60. Balik sini tengok kat AEON RM195. Huhuhu…

Kimono

Yang ni mira beli di Shinjuku. Saje beli untuk kenangan. Harga 1000 yen.

Kain Cotton Jepun

Kalau ikutkan nak beli banyak lagi tapi Zyzool dah pandang kite kecik besar kecik besar je.. Hahaha. Ni kami beli di Nippori

Cukuplah tu hehe nanti mira kongsikan lagi okey? Korang gi japan bawak balik apa? Jom la kongsikan dengan Mira 🙂

Leave a Reply

Close Menu