Baby Rest Dalam Tandas di Jepun

Nih new addition member in #ZyzoolMiraTravel. Hehehe.. Actually nervous jugak nak bawak Afya 7 bulan travel since perjalanan 6 jam pulak tu dalam kapal terbang. Ayra dulu 5 bulan pergi Sabah sekejap je so tak senervous nak gi Jepun ni..

Alhamdulillah anak ummi anak yang baik. Afya behave sangat macam kakak Ayra hehe

Sepanjang di Tokyo Jepun.. Ummi nak membuang pon ummi angkut je dia sekali ikut sebab kat toilet sana ada BABY REST tempat untuk letak babies (yang dah boleh duduk > 5 bulan) So tak payah nak gilir-gilir dengan Zyzool ke toilet. Jimat masa & boleh bergerak pantas nak kejar itinerary 😅 Ikut Afya la tahan bau Ummi atau Ayah 🙈🙊 (toilet lelaki/perempuan ada BABY REST ni) Jangan lupa lipat kembali BABY REST tu lepas digunakan 😊

Fujiko F. Fujio Museum

Ni toilet dalam Fujiko F. Fujio Museum.. Ada bilik air yang ada Baby Rest juga
Jap eh Afya bagi can ummi menenangkan diri.. hihihihi
Afya melayan plak ummi berselfie dalam tandas Fujiko F. Fujio Museum

Tokyo Disneyland

Afya happy eh duduk kat situ.. hihihi

Stesen Keretapi

Ni kat bilik air kat area Asakusa Station. Nak solat jap masa nih so kasi Ayra kebebasan jap.. hehe

Super Toilet!!! Tekan je punat automatik kat tepi tuh dan sedia untuk dicucikan hahaha

Leave a Reply

Close Menu