Our Stories

Malaysia Family Travel​

Terima kasih sudi singgah blog Zyzool Mira Travel!! 

Kami adalah traveler dari Malaysia aka “MY Family Travel” yang mengembara bersama dua anak kami.

Objektif kami mengembara bersama anak adalah untuk melihat keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t serta mengenali budaya negara luar. Di samping itu dapat mengeratkan lagi ukhwah kami sekeluarga.

Siapa cakap dah ada anak tak boleh travel? Hehe.

KAMI BOLEH PASTI ANDA PON BOLEH!!



Follow kami di sini ya!

Kisah Kami

Kami Zyzool & Mira adalah pasangan suami isteri dari Malaysia yang suka mengembara.

Alhamdulillah dikurniakan dua anak iaitu

Ayra (4+ tahun)

Afya (1+ tahun)

Dulu sebelum kahwin kami rajin mendaki gunung. Time mendaki nih kite nampak perangai asal pasangan kita. Hihihi. Ok Mira rindu sangat naik gunung. Di samping boleh tengok nature boleh keep fit tanpa sedar.

Lepas kahwin Zyzool masih meneruskan minat mendaki gunung. Tetapi Mira dah stop sebab kedua anak kami menyusu badan. Nak tinggalkan tak sampai hati. Nak bawa mendaki macam tak sesuai lagi. Huhu bertabahlah ye! Tunggu anak-anak dah besar boleh mula mendaki gunung semula. Hihihi

Actually dari kecil Mira dah mengembara bersama keluarga Mira ke England.

Lepas tu Mira pernah membawa diri seorang ke Australia.

Ok yang tu cerita lain. Hehehe

HONEYMOON!!

Start dari kahwin kami main redah ke Semarang, Indonesia. Kebetulan ketika itu dapat tiket flight murah. So berbulan madu lah kami ke sana. Masa tu kami berdua. Tak kisah lah main redah sahaja. Hihi Kemudian kami berdua redah pula ke Sabah. Dengan beg hiking memang mudah ke mana sahaja dengan pantas.

Hehe masih berdua kan?

BABYMOON!!

Kemudian masa Mira mengandung 5 bulan kami bercuti ke Sarawak. Alhamdulillah baby dalam kandungan baik-baik sahaja.

ANAK SORANG!!

Ayra masuk 5 bulan kami test ke Sabah lagi sekali. Yang ni memang Mira buat research banyak-banyak since ini kali pertama bawa anak sendiri naik flight kan?

Alhamdulillah Ayra sangat behave!

Next kami panaskan badan backpack ke Singapura. Latihan kami sebelum ke Seoul, Korea. Mira test ber”babywearing” masa ke sana.

Untuk percutian kami ke Seoul, Korea banyak juga yang kami belajar. Kebetulan baru habis musim sejuk ketika itu. Tapi rupanya kesejukkannya masih dirasai.

Alhamdulillah kami berasa yakin untuk mengembara bersama anak kami.

Kemudian kami ke Bandung, Indonesia pula. Masih ber”babywearing” Ayra ketika ini.

Lepas tu kami dah makin selesa dan panjangkan langkah kami mengembara ke Hong Kong pula.

Ketika ini kami rancang membawa “stroller“. Apa lagi kasi test dulu pergi Singapore! Hihi.

ANAK DUA??

Eh panjang pula cerita kisah kami ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut & tak nak ketinggalan post kami, jangan lupa subscribe ya!

Kalau anda berminat melancong sendiri ala bekpek jangan lupa follow kami ya!

Semoga perkongsiaan kami memberi manfaat pada anda semua 🙂

Salam Perkenalan!

Jangan lupa untuk SUBSCRIBE bersama kami agar tidak ketinggalan setiap post dari kami

Ikuti kami di media sosial

Zyzool

Zyzool

Suami

Seorang yang penyayang dan bekerja keras untuk mencari sumber kewangan supaya dapat membawa keluarga bercuti. Insan yang akan meluluskan permohonan itinerari isteri. Heehehe

Mira

Mira

Isteri

Suri rumahtangga & penulis website Zyzool Mira Travel sepenuh masa yang kena rancang itinerari baru dapat pergi mengembara. Si suami approve terus beli tiket flight. Yeay! Hahaha.

Close Menu