[Singapore] : 7 Wonders Hostel

Baru berkesempatan nak share dengan korang tempat tinggal kami ketika menjelajah ke Singapore bulan Oktober 2017 yang lepas (baru sempat nak share hohoho ampunnnn). Kalini percutian kami disertai dengan adik-adik Mira. Saja je jalan-jalan nak terokai bandar Singapura. Padahal Singapore ni sebelah je dengan Johor Bahru. hihi Biasanya kami pergi balik hari sahaja. Tapi kali ni kita tidur 2 malam so boleh jalan jauh-jauh sikit.

Pada mulanya Mira google cari tempat tinggal kami untuk dua malam, tapi Zyzool decide kite terjah je ke Singapore terus iaitu walk in check in je. Gamble nih. Kalau tak de tempat tinggal kite balik la JB balik. hehehe

Awal-awal Mira dah aim nak stay kat 7 Wonders Hostel ni sebab bile Mira baca review kat Booking.com dan tengok bilik capsule dia macam best je dan teringat masa layover kat Capsule by Container Hotel KLIA2 masa balik dari Hong Kong. So pengalaman baru la bersama Afya pula kali ni.

Jadi lepas je imigresen kat Woodlands tu kami terus ambil bas ke Queen Street. Dari bus terminal tu kami jalan kaki mencari 7 Wonders Hostel di Jalan Besar menggunakan apps Maps.Me. Apps ni memang map apps pilihan Mira & Zyzool sebab boleh digunakan tanpa talian internet.

Apa yang bestnya stay kat 7 Wonders Hostel ni mira???

  • Harga capsule yang berpatutan
  • Basic Breakfast disediakan percuma!
  • Ada wi-fi percuma confirm nak post-post gambar cantik time dah rehat-rehat kat katil kan?
  • Dekat dengan MRT Farrer Park so senang nak gerak ke tempat-tempat menarik di Singapore
  • Tempat tidur adalah privasi untuk capsule hostel. Ada langsir untuk tutup bila nak tidur atau tukar baju ke?
  • Mesin basuh juga disediakan di ruang tandas
  • Berdekatan dengan Mustafa Centre yang bukak 24 jam. Macam-macam ada jual kat situ. Tetibe memalam nak beli coklat adooo.. Teringin nak beli iPad adoo. Eh nak swimming la lupa bawa baju mandi pon adooo.. 5 minit je berjalan kaki dari hostel ini.
  • Kedai makanan HALAL  pon senang nak cari di Jalan Besar ini
  • Ada mini mart kat belakang hostel ini
Ayra bergambar di pintu hadapan 7 Wonders Hostel

Lobby

Ruang Makan

Yeay dah masuk kat capspace kiteee

Lepak jap sebelum keluar menerokai Singapura hihihi

Untuk lebih details korang boleh layari website rasmi 7 Wonders Hostel di sini http://www.7wondershostel.com

Leave a Reply