[Japan] : 7 Tips di Sanrio Puroland, Tokyo

Korang peminat Hello Kitty? Geram tengok barang-barang comel Hello Kitty?

Tempat ni wajib korang pergi kalau mengembara ke Tokyo Jepun!

Sanrio Puroland

Sanrio Puroland merupakan taman tema yang terletak di Tama Centre, Tokyo. Sanrio Puroland ini adalah taman tema indoor iaitu dalam bangunan. So tak perlu risau kalau cuaca hujan ke sejuk ke. Ada pelbagai karektar dalam Sanrio Puroland ni tapi yang paling diminati semestinya Hello Kitty!! Sesuai untuk dikunjungi peminat Hello Kitty atau mereka yang berkeluarga. Confirm anak perempuan suka sangat sebab macam-macam benda comel dalam Sanrio Puroland ni.

Sanrio Puroland
Di Stesen Tama Center

7 Tips di Sanrio Puroland

  1. Tiket
  2. Akses
  3. Aktiviti
  4. Makan
  5. Kemudahan
  6. Solat
  7. Cenderamata

 

1. Tiket

Tiket boleh dibeli di kaunter masuk Sanrio Puroland. Harga tiket seperti yang tertera kat bawah ni ya.

 DewasaKanak-Kanak
Isnin hingga Jumaat¥3,300¥2,500
Sabtu, Ahad & Cuti Umum¥3,800¥2,700

 

 

 

 

Dewasa : 18 tahun ke atas
Kanak-kanak : 3 hingga 17 tahun

● Kanak-kanak bawah 2 tahun masuk percuma.
● Cuti umum adalah cuti di jepun yang disahkan oleh Sanrio Puroland.

Time kami pergi tu tukaran duit ¥1,000 ≈ RM39

So kalau kami pergi hari bekerja tiket kami suami isteri + Ayra

Dewasa ¥3,300 ≈ RM128.70 seorang

Kanak-kanak ¥2,500 ≈ RM97.50 seorang

RM128.70 × 2 orang (Zyzool & Mira) + RM97.50 (Ayra) = RM354.90

Masa ni pikir-pikir jugak nak gi ke tak Sanrio Puroland nih. hehehe sebab risau tak cukup masa. Pergi Tokyo pon 7 hari dan macam-macam nak explore. Dengan anak kecil lagi hihihi. Macam-macam la mak sorang ni pikir. hihihi (saya la tu)

Pastu kebetulan gatal tangan tengok kat Klook.com jumpa tiket ke Sanrio Puroland hanya RM78 sahaja!!!

Klook.com ni ikut currency USD. Tadi mira usha kalau beli sekarang lagi murah dari kami beli. Memang berbaloi. So mira terus booked untuk kami bertiga (Afya masuk PERCUMA!)

RM78 × 3 orang = RM234!

Wah murah!! Jauh juga beza kan?? Pastu kan pastu kan pastu kan?? hihihi first time guna Klook mira dapat diskaun lagi RM15. Jadi TOTAL kami hanya banyar RM219!!!

Kami jimat RM135.90!

Alhamdulillah lepas book akan dapat email e-voucher. Just print email atau save sahaja di telefon bimbit anda tu dan bawa ke Sanrio Puroland! Yeay!!! Tiket settle!

2. Akses

sanrio puroland
Sumber : Sanrio Puroland

Lebih kurang 30 minit dari Shinjuku dengan menaiki train ke Tama-Center.

Alamat penuh : Sanrio Puroland, 1-31 Ochiai, Tama, Tokyo

Buka dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Hujung minggu tutup jam 8 malam. Selasa biasanya tutup. Untuk lebih lanjut korang tengok kat kalendar di web Sanrio Puroland.

Sanrio Puroland
Pintu masuk Sanrio Puroland

3. Aktiviti

Ada pelbagai pertunjukan & tarikan di Sanrio Puroland. Yang ni korang kena plan betul-betul supaya berbaloi masuk ke sini.

Sesudah sampai korang terus ke tingkat 2F untuk bertemu dulu dengan Hello Kitty. Waktu awal pagi kebiasaanya tak ramai yang beratur panjang. So boleh jimat masa di sini.

Awal pagi takde orang pon beratur hihihi

Kemudian 30 minit sebelum setiap persembahan korang dah boleh cari tempat duduk yang strategik. Jadi selesa la sikit nak tengok persembahan (parade & show). Yang ni korang kena rujuk kat pamplet mereka jam berapa pertunjukkan akan berlangsung.

 

Pastu boleh bermainan beberapa attraction atau meet & greet bersama karektar kesukaan anda atau anak anda!

 

4. Makan

Dukacita dimaklumkan makanan di restoran yang terdapat di Sanrio Puroland ni adalah TIDAK HALAL huhuhu. hehehe but don’t worry! Korang boleh bawak sesiap bekal atau makanan instant. Di tingkat 1F ada bilik bayi yang ada kemudahan air panas. Kami bawak bekal bubur instant. Hanya letak air panas terus siap dimakan begitu sahaja! Bawak jugaklah cemil-cemilan bak kata Zyzool hehee atau kudap-kudapan bak kata orang gunung. hihihi supaya tak lapar dan tak menggangu keseronokkan anda di negara orang. Oh ya tapi jangan lupa bawalah thermos atau botol air sebab di tingkat 4F dalam restoran korang boleh ambil drinking water secara percuma!! Sejuk plak tu… hihihi jimat duit nak beli air mineral kat mesin jual air dalam tu hehe.

 

5. Kemudahan

Ada pelbagai kemudahan di dalam Sanrio Puroland antaranya

  • Wifi percuma
  • Baby Room
  • Nursing Room
  • ATM
  • Mesin tukaran duit asing
  • Tandas untuk kanak-kanak
  • Tandas untuk orang kurang upaya

6. Solat

huhuhu tapi prayer room setakat yang mira pergi haritu tak disediakan. Jadi kami cari kawasan yang tertutup sedikit di tingkat 2F menghala ke area staff untuk bersolat. Alhamdulillah terus jamak Zuhur Asar di situ. Bagi perempuan mudahnya bawa tudung instant labuh yang berdagu. Jadi mudah untuk dibawa ke tandas untuk mangambil wuduk dan bersolat.

7. Cenderamata

Yang ni kena tahan nafsu sikit bagi pencinta Hello Kitty!! Banyak naw benda comel dalam kedai dia!! huaaa setiap attraction yang korang pergi tu akan ada jual merchandise karakter tersebut. Di tingkat 4F ada kedai yang paling besar. Di situ semua karektar merchandise ada dijual. Dan kalau convert tukaran duit kita jauh murah dari Sanrio Hello Kitty, Malaysia. Hihihihi jadilah pengguna bijak! Wakakaka

Kami sangat teruja di Sanrio Puroland dan meluangkan masa hampir seharian d sini!

Anda peminat Hello Kitty juga? Pernah ke Sanrio Puroland? Jom share dengan kami di sini!

Akhir kata “Hujan emas di negara orang…”

 

Leave a Reply